Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

24 May 2018

Puasa 2018 ... minggu pertama

Bulan Ramadhan kali ini kami disapa berita sedih 3 hari berturut2.
Maksu Saodah meninggal dunia (sakit tua) malam Jumaat selepas azan maghrib. Kini hanya tinggal beberapa orang saja lagi 'orang lama' dikampung kami. Mereka antara yg sempat merasa kedatangan tentera Jepun yg berjalan kaki melalui kampung kami untuk ke Singapura. Waktu itu mereka dalam usia 1 - 6 tahun.
Malam tu ... selepas isya' dapat berita suami rakan ZS'77 (rakan blogger juga) meninggal petang Jumaat, beberapa minit sebelum berbuka. Allahuakbar ... terkejut sangat. Hingga hari ini hati asyik terkenangkan rakan Mama tu. Berdoa agar dia tabah dah redha. Semasa kami pergi ziarah keesokan paginya, ramai rakan2 ZS'77 turut ziarah. Kuatnya dugaan buat rakan Mama ni. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya.
Pagi esoknya, Ahad, ketika bangun sahur ... dapat berita isteri jiran se taman meninggal dunia awal pagi tadi. Kanser rahim.
Innalillahiwainnailaihirojiun ... Al Fatihah buat arwah bertiga. Moga Allah ampunkan dosa2 mereka dan tempatkan roh mereka dikalangan orang2 yg beriman. Moga roh2 mereka tenang dan damai di sana. Aamiin ....
Jumaat petang anak #4 sekeluarga tiba2 tersembul depan pintu ketika Mama sibuk sediakan juadah berbuka. Anak yg sorang ni suka sangat buat 'surprise' ... bukan sekali dua dia begitu. Dari waktu belajar kolej, kerja dan kini dah anak dua ... begitulah. Suka buat kejutan. Dan Mama sokmo 'caught off guard' ... Mama 'of coz' marah (sebab ada lauk biasa2 je untuk kami berbuka bertiga) tapi gembira sangat sebab anak menantu cucu pulang berpuasa diRumah Biasa2 kami. Besoknya masak 'special' sikit dan buat sira pisang nangka kegemaran dia 😍. Puashati dapat lepas rindu dendam pada cucu2. Ahad pagi mereka bertolak pulang ke Perak. Alhamdulillah ... baru lega hati Mama bila dapat 'call' kata dah selamat sampai.  Selagi anak2 tak selamat sampai, risau + doa tak putus2. (Gitulah hati ibu ... )
Amar sibongsu pula ... sibuk dengan Kerja Kursus Sejarah (KKS). Bulan puasa balik pukul 3.00 ptg (biasa pukul 5.00 ptg). Dirumah tumpuan hanya pada KKS ... kerja sekolah dah 'settle' dgn kawan2 disekolah waktu rehat maklumnya. Sessi temuramah terakhir dgn warga2 taman kami serta ber'selfie' dgn yg ditemuramah sebagai bukti. Semalam sepetang di 'cc' (cyber cafe) ... semak dan kemaskini KKS serta 'print'. Kesian!! Balik dalam hujan .... nampak keletihan sangat, tambah2 berpuasa. Mama masak 'special' untuk naikkan semangat dia. Ayam percik!!!
Ayam percik kuah putih
(versi kuali)
 😙 Bertambah2 makan nasi lepas solat maghrib. Balik terawih susun KKS yg dicetak tadi dan tulis kesimpulan, rujukan dan catit mukasurat pada helaian 'Isi Kandungan'. Pukul 12.00 Mama masuk tidur (dah ngantuk sangat nak temankan dia ... huhu), dia masih dengan KKS dia. Pun Mama dah bancuh segelas besar Kopiko sebelum ni (dia minta sebab nak elak mengantuk katanya). Hari ni dah serah KKS pada guru. Lega katanya. Bulan 7 ... Kerja Kursus Geografi (KKG) pulak!!
Itu antara cerita Rumah Biasa2 minggu pertama puasa.
Jom kita naiktaraf ibadah bulan Ramadhan tahun ni berbanding tahun lepas.

p.s. Besok Mr. Cool Mama (Muaz, anak #5) balik ... cuti seminggu. Sukanya ... 😊😊

No comments: