Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

31 May 2018

Pokok nangka dan manggis .... lagi

10 pagi ... sebaik balik dari kelas mengaji Qur'an, suami dengan bangga tunjuk 2 batang anak pokok nangka yg diberi oleh Tok Guru mengaji dia (setelah dia cerita kisah anak pokok cempedak nangka diRumah Biasa2  yg dah hampir k.o. setelah beberapa kali daun dan pucuknya dimakan anak2 lembu yg dibiarkan berkeliaran oleh tuanya yg tidak bertanggungjawab ... huhu).
"Mengapa 2 pokok?" tanya Mama.
"Tok Guru kata kena tanam dekat2, jarak 2.5 kaki ... itu petua tanam nangka!" jawapan suami.
Ikut sajalah.
Suami gali lubang ... selebihnya Mama uruskan. Berkumat kamit baca doa dan zikir 'Ya Hayyum Ya Qayyum"  agar pokok nangka tumbuh subur.
Dalam pukul 12 tengahari ... suami dgn girang tunjuk sebatang anak pokok manggis yg dia beli di pasar minggu sekejap tadi (ini anak pokok ke 4. Cubaan 3 kali sebelum ni gagal ... tak mau hidup dia. Begitulah semangatnya suami mahu Rumah Biasa2 kami ada sekurang2nya sepohon manggis untuk anak cucu nanti!!)
Rancangan untuk tanam petang tadi ditunda besok kerana hujan agak lebat selepas asar tadi. Bagus juga ... lembut sedikit tanah. Mudah untuk dicangkul. Pagi tadi Mama terpaksa jirus dulu tanah tempat yg hendak digali kerana keras sangat dek dah hampir 3 minggu tak hujan, panas terik!!
Moga penanaman pokok nangka dan manggis kali ini berjaya. Aamiin. InsyaAllah.
p.s. nampak gaya pintu pagar kena dipastikan tertutup sokmo agar 3 ekor anak lembu tu tak dapat menceroboh lagi. Selain pokok cempedak nangka, pucuk anak2 pisang pun depa suka balun!! Kesian anak pisang tanduk dan berangan yg kami tanam. Dah la makan tanpa diundang, siap tinggal na...s merata2!! Geram sungguh la .... Jiran sebelah rumah kami pun merungut juga kerana anak2 pokok rumah dia pun turut jadi mangsa anak lembu 3 ekor tu.

No comments: