Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)
Showing posts with label Kebun Biasa2. Show all posts
Showing posts with label Kebun Biasa2. Show all posts

01 July 2023

Tuai hasil

Nanas  ... antara buah2an kegemaran warga Rumah Biasa2.

Kebiasaannya, bila buah yang dibeli, elok dan manis leting isinya  ... jambul nanas akan ditanam sekitar ruang yang ada dikeliling rumah.

Depan, kiri, kanan, belakang rumah  ... akan ada kelibat pokok nanas 😁.

Lepas tanam, biar je gitu. Siram bila perlu. Baja? Seingat Mama la  ... tak pernah! Tapi ada la sekali sekali letak sisa sayur, kulit bawang, kulit telur dan daun2 kering sekitar. Omputeh kata 'mulching'. Rasanya lah.

Biasanya dalam 2, 3 tahun dapatlah hasilnya. Lambat nanas ni nak rasa hasilnya. Tapi memang berbaloi  ... bangga semacam bila tuai dan makan buah hasil tanam sendiri 🤭😅.

Minggu lepas merasa nanas yang ditanam Amar, sibongsu, sekitar tahun 2020. Bulan Februari tahun ni empat pokok keluar putik.

Buah nanas pokok yang depan rumah, tepi pagar  ... hilang tanpa kesan. Masa tu kami ke Kuantan. Balik2 tengok tinggal pokok aje. Buah entah ke mana. Nak kata tupai, berat weh nak diangkut sebiji macam tu. Kalau makan, pasti ada kesan atau sisa kulit bertaburan. Kami niat sedekah, dah bukan rezeki kami. 

Dua biji ni, Alhamdulillah rezeki kami. Manis sunggoh. Syukur. Dan, dah pun ditanam semula jambul2 tu  ... kata member, nanas Md2 sebab lihat daun2 tak ada duri. 

Jadi tinggal sepohon je lagi. Rasanya minggu depan dah boleh ambil sebab dah nampak sedikit warna kekuningan.

Masa PKP buat batas khas untuk pokok2 nanas. Yang depan tu tanam 2021/2022. Yang belakang tu, tahun 2023. 

Ada terbaca, nak nanas berbuah cepat, tabur penggalak nanas pada perdu daun masa pokok berusia sekitar 6 bulan. Tak rugi mencuba kan  .... 🤔


p.s. Hari ni 01 hb Julai, genap 8 tahun cucu sulung doter Mama.

SANAH HELWAH HILMAN. MOGA JADI ANAK YG SOLEH DAN BERJASA. AAMIINN.  🎉🎂😘😘😘 

07 August 2021

Alahai dia buat lagi ...

Sabar aje la ...

Si Dia dan mesin rumput dia kalau bergabung ... resah Mama. Pasti ada pokok/tanaman yg kena cantas nanti. Kalau rujuk cerita2 Mama bawah label 'Kebun Biasa2', 'history' nya begitu lah.

Dan semalam ... Ternyata detik hati Mama betul. Sehari selapas Ayahnya operasi bersih, mesin rumput ... Mama pun ronda2 la kawasan tersebut. Dan .... 

Sahih, pokok telang yg memanjat dipagar, sedak galak berbunga ... batang terlindung dek rumput yg panjang, layu se layu layunya. Putus batangnya, hancur pasu kedai ECO2 tak nampak rupa. Masa tu macam nak marah sangat kat Ayahnya ... Jalan lagi, nampak mangsa ke 2. Pokok ubi badak unggu yg memang terang2 dok memanjat kayu2 pancang, tak terlindung lansung dek pandangan. Cuma rumput2 tebal dikelilingnya. Pun terkulai layu daun2nya. Juga putus dipangkalnya .... 😭😭😭

Kecewa sangat. Bila tunjuk ke dua2 pokok pada Si Dia aka Ayahnya, dia jawab ... "Ingat tak kena ...". Mama terus diam. Malas nak bertekak dah tua2 ni. Lagipun benda dah terjadi. SiDia pun perasan, tahu Mama kecewa, marah. "Sori ... !!" sambil hulur rambutan yg baru dipetik di laman.

Apo nak di kato. Anggap tak ada rezeki. Walaupun dalam hati, melepas rasa ubi tanam sendiri musim tengkujuh nanti. Yang pokok telang, tak ralat sangat sebab ada 3 pohon lagi ... Mama dah berhati2, 'not putting the eggs in one basket only! " 😁😁

p.s. Ni kali ke 3 pokok ubi tu tercantas oleh Ayahnya. Tempat sama, tumbuh semula, tercantas lagi ... Tahun depan, maybe. Insyaallah (kena pagar rasa kali ni 😅😅)

Cerita sebagai hiburan dan kenangan ... Mau 'suffocate' kalu asyik dok fikir keadaan sekarang ... Covid dan politik yg tak berkesudahan. 

#kitajagakita ... Wasallam. 

24 July 2020

Apa ada di Kebun Biasa2 kami ...

Pagi, petang ... kami suka ronda2 keliling Rumah Biasa2 kami bila tak ke mana2.
Rasa tenang, rasa seronok ...
Rasa sejuk, rasa nyaman ...
Kicauan burung2 ... macam orkestra, bermacam lagu nya. 🤗🤗
Kebun Biasa2 kami ... memang biasa2 seperti namanya.
To others we stressed ... its nothing special. But to us, it's like our baby. Cherishing every progress they made, no matter how little. When they bear the fruits of your labour (tak susah mana pun 🤭🤭)... you can't help but grinning ear to ear, telling each other, taking pictures bla bla bla. Haha ...

Apa ada di Kebun Biasa2 kami?
Kami berdua (Mama dan Ayahnya) tanam pokok2 yg difikir perlu sahaja.
Dan yang kami nak makan, suka makan 😅😅
Serba sepohon ... rambutan, kelapa, gajus, limau purut, limau kasturi, limau nipis, belimbing buluh, mata kucing dan kurma.
Durian belanda ... Dua pohon. (Pemberian kawan dan adik bongsu).
Pohon mangga ... Jap nak bilang!
Belakang rumah, tepi kabin, tepi pagar. 1 2 3 4 5. Haa aa ... Lima pohon semua. 2 dah pernah berbuah, yg lagi 2 ... entah!! Yang satu lagi baru jer tanamnya. Pokok mangga sempena PKP ...
                             ~~~~~~
Nota:
Kurma sepohon dilaman rumah kami tu tiada dlm perancangan nak tanam sebenarnya.
2014 ... Mak Mama pergi lihat pokok2 kurma yg berbuah lebat di Bulatan Kota Bharu yg sedang viral ketika itu.

Mak kutip buah2 yg jatuh. Balik, beri Mama 2 biji. Buat kenangan katanya.
p.s. Masin mulut ibu ni. Percaya lah ...
Sebab Mama kata gitu?!
Tak tahu nak buat apa dengan 2 biji buah kurma yg Mak beri, Mama spontan tanam dalam pasu yg ada.
MasyaAllah bercambah sepohon. Pun Mama buat endah tak endah jerr.
Dua tahun pohon kurma tu hidup dalam pasu kecik. 2017 baru terdetik dihati nak pindah ke tanah. Itulah historynya pohon kurma yg ada dilaman depan rumah kami.
Kenangan pemberian Mak ... ❤️❤️❤️


Setakat ini dulu kali ni.
Jaga diri. Ikut SOP yg KKM saran.
Kita jaga kita ...
Moga wabak Covid19 semakin pulih dan segera berlalu pergi. InsyaAllah. Aamiin ...

05 July 2020

Hi!! I'm back ...

Wow!! Nearly 4 months hiatus ...
Betul2 ikut SOP Penjarakkan Sosial ni 😅😅😅😅
Itulah ... Mood ber'blog' ke laut dua tiga menjak ni.
Pun, blog ini tetap dihati.
Blog kawan2 tetap diikuti.
Mama jerr yg dok berteka teki ...
Macam jammed idea menulis ni.
Seperti bermula PKP hingga lah PKPP.
Kelamkabut tu dah reda kini.
Alhamdulillah.
Semalam, dok sembang dengan Ayahnya. Pasal pokok2 di Kebun Biasa2 kami ...
Sejarah dari mula tanam hingga hari ni.
Ralit juga lah kami mengimbas sejarah pokok2 yg masih berdiri ...
Dan juga yg tak menjadi.
Lalu terdetik dihati ...
Least Mama forgets (usia bukan menyebelahi kini)
Better updates my Kebun Biasa2 diary
For future reference, their very own story and history
Gracing our Rumah Biasa2 and providing us aplenty:
Cooling atmosphere, oxygen, fruits, shades, sanctuary for the birds and bees, not forgetting ... pleasant green scenery.
Tired mind and eyes remedy 🥰.
Well! That's all for now.
Got to start compiling notes for Kebun Biasa2 diary ...
Have a nice day everyone 💖

p.s. Harap semangat menulis Mama pulih sebagaimana doa dan harapan pulihnya wabak Covid19 ni.
InsyaAllah. Aamiin ...




04 October 2019

Siapa suka betik ...

Petang ni jamu mata dgn pokok2 betik disekitar Rumah Biasa2 kami dan rumah jiran2 terdekat (sebab masih buntu nak tulis apa. Huhu ...) 

Hak ni masih lebat berbuah walau pun dah bongkok dan bertongkat macam nenek kebayan 😅

Yang ini tepi rumah, 'new kid in block'... baru nak belajar berbuah.

The only 'jantan' 😆🤭. Mama biar kan. Dapatlah serangga2 hisap madunya.

Berderet geng depa ... lebat2 belaka. Berbeza bentuk dan saiznya.

Betik jiran belakang rumah. Geram nengoknya ... Dah tak terberi pada jiran/rakan katanya. Akhirnya ada yg gugur begitu sahaja, rezeki unggas dan makhluk melata ...

Ada lagi 2 pohon dalam kawasan Rumah Biasa2 kami. Ter'miss' pulak nak amik gambar. Lain kali yerr ...

p.s. selain makan gitu sahaja, buat somtam, kerabu, jeruk, sayur, ulam, jem, jemput2 pun 'best' ... 

25 May 2019

Aktiviti awal pagi ...

p.s.  .... Lamanya tak 'update' perihal Kebun Biasa2 kami.

Ingat tak pokok manggis cubaan tanam kali ke 4, 1 Jun 2018?
😭😭😭
Tak berjaya juga. Mati kejung dia. Bukan salah cuaca atau tuan dia tak cakna.
Tapi .... angkara lembu entah milik siapa, yg sering masuki pagar yg terbuka (bila terkadang2 alpa tutupnya). Yg tiap kali pilih pucuk2 muda pokok mangga, manggis, keledek dan pokok2 bunga yg ada.
Bisa gamaknya air liur depa, walau pun Mama cantas, bertunas tumbuh daun baru, kena makan lagi, cantas lagi ... campur musim kemarau, #4 k.o akhirnya.
Give up?!! No no no ...
Ayahnya refuse to surrender.
Minggu lepas beli lagi anak pokoknya.
Kejap tadi, Ayahnya dan Mr. Cool (yg baru sampai semalam utk cuti raya) dah tanam pokok manggis #5 (aka cubaan kali ke 5).
Sungguh, tiada daya dan upaya kami melainkan berserah 100% pada NYA. InsyaAllah.
Yang penting, 'Never say never' ...
Turut ditanam mengiringi pokok manggis, pokok sentul (santol @cotton fruits ikut Wikipedia). Yang ni Mama pilih yg buah dia besar2, Siam mari kata penjualnya.
Buah sentul 😍
(gambar Google) 
Juga anak pokok pisang tanduk.
Alhamdulillah dah selamat ditanam semua. Moga cuaca redup pagi ini, kemarau yg dah berlalu, berkat bulan Ramadhan yg mulia  ... tumbuh dan membesar bagai yg diidam. InsyaAllah. Aamiin.
Sementara itu, nak lapur juga 🤭:
Pokok durian belanda - kedua2 pokok tak henti berbuahnya.
Pokok gajus - tahun ini kali ke 2
Pokok gajus yg
ditanam diluar pagar
berbuah. Lebat sungguh.
Pokok2 betik - rasa nya tanah dikawasan kami memang sesuai untuknya. Subur dan lebat2 buahnya. Hingga pokok2 terpaksa di'support' batangnya agar tak tumbang.
Pokok rambutan dan mata kucing - sedang lebat berbunga.
Pokok limau nipis dan limau kasturi juga berbuah sokmo.
Cuma pokok kelapa dan kurma yg masih dialam remaja 😅😅
Pun sukanya ...
Makin diberi/dikongsi - makin berbuah lagi.
Itulah sifir sedekah  ...
Percayalah.
Dengan berlalunya kemarau, selepas Ramadhan dan Syawal, Mama merancang mahu bercucuk tanam sayur2an pula.
InsyaAllah  ...
Moga diberi NYA rezeki sihat buat kami berdua. Aamiin 

Nota: Semua ini Mama nukil untuk rekod bila pokok2 ditanam di Kebun Biasa2 kami  disekitar Rumah Biasa2 kami.

02 November 2018

Kebun biasa2 ... laporan terkini

Bekalan terung dan bendi (sayur kegemaran) tanam sendiri dah putus ... pokok yg ditanam bulan Mac, mula berbuah akhir Mei, telah memberikan kami bekalan tanpa putus hinggalah bulan Oktober lepas. Dah cabut pun pohon2 yg tua ... belum fikir nak tanam apa. Biarlah tanah2 tu rehat dan baikpulih zat nutrien sendiri. Namanya pun berkebun secara organik.
Lagipun musim hujan dah mula ... rehatlah dulu. Sayur binahong@ceylon spinach serta pegaga jepun pemberian kawan dah buleh tuai. Sedap buat ulam/salad atau tumis. Pokok2 cili padi, serai, pandan, kunyit, bunga kantan, lengkuas, pegaga kampung, limau nipis, limau purut dan limau kasturi pula sentiasa beri bekalan yg berterusan. Nak makan ... petik je. 'Fresh from the tree and no pesticides'! Jangan jeles ...
Tahun ni, rambutan berbuah lebat buat pertama kali. Petik dgn tangan jer sebab pokok renek lagi. Masih tak tahu rambutan jenis apa ... tak kisahlah. Janji manis dan jenis lekang isinya.
Ayam jiran tu ingat Mama nak beri depa makan
Pokok betik yg hampir tumbang tempoh hari, berbuah lebat kini. Bekalan Vitamin C kami ...
Alhamdulillah. Dan sepohon lagi baru berputik, berbuah pertama kali. Yang ini jenis bulat, bukan memanjang seperti yg ni. Mama suka 😊.
Pisang emas ada setandan atas pohon tu ... setelah sekian lama tak ada hasil dari pokok2 pisang yg ditanam.
Pokok mata kucing kami ... dah nampak bibit2 buahnya. Pelik juga berbunga lebat sangat dan berbuah musim sekarang ni. Ke memang sekarang musim dia? Pelik kan??! Tak kisahlah ...
Ubi keledek, ubi badak putih dan unggu jauh lagi perjalanannya. Hihi ... tahun depan lah kot merasa hasilnya.
Pokok durian belanda sedang lebat berbunga ... In Syaa Allah moga begitu jugalah buahnya nanti. Aamiin ...
Itulah antara keadaan terkini Kebun Biasa2 yg bukan luarbiasa kami. Cukuplah untuk makan sendiri ... Seronok tanam dan tuai apa yg nak makan.

p.s. cuma pokok2 mangga jer yg masih belum berbuah sebagaimana sepatutnya. Kena cari baja buah organik lain gamaknya ... ke ada cara nak gertak mereka supaya berbuah??

26 July 2018

Selepas selamatkan pokok ceri malaysia selesai ....

Pagi tadi kerja2 'selamatkan pokok ceri malaysia' selesai dengan jayanya ...
Suami kata biar batang2, dahan2 dan daun2 kering dulu sehari dua ... baru senang nak angkat dan alih semua.
Dalam masa yg sama, Mama dok fikir tentang burung2 dan serangga2 (terutama rama2 dan lebah) yg sering datang utk berteduh, mencari rezeki di pokok ini setiap hari. Mesti mereka tercari2 ...
Pagi tadi pun, selepas operasi di atas, banyak burung yg datang ... bising jgk lah mereka ...
... ada yg singgah didahan pokok durian belanda dan mangga bersebelahan ... agaknya hairan??!! Ke manakah perginya pokok persinggahan mereka?
... ada yg turun ke dahan2 yg berselerakan. Mematuk2 buah2 ceri yg masih bergantungan!
... ada yg berkeliaran di bawah, mengutip buah2 ranum merah, jatuh berselerakan merata ditanah!
Esok ... lusa ... bagaimana??
Kesian pula bila fikirkan burung2 tu.
(kena cari sumber rezeki ditempat lain la pula ... )
InsyaAllah ... ada rezeki, pokok ceri malaysia akan rimbun dan berbuah kembali. InsyaAllah ...
Sabar ya pokok ...
Sabar ya burung2 ...

p.s. ... mungkin manusia merasakan mereka lebih baik dari sekalian makhluk Allah yg lain!! Namun ...
*(Petikan dari: farairina.blogspot)
Nah!! ... manusialah yg sering alpa berbanding ciptaan Allah yg lainnya ... sebagaimana firmanNya;


- Peringatan utk Mama juga ... utk sentiasa tadabbur (memerhati, mengkaji dan belajar darinya) dgn alam sekeliling kita. Ada hikmah dlm setiap penciptaan NYA. Ada tanggungjawab kita utk sama2 memeliharanya.


25 July 2018

Cerita pokok ceri malaysia kesayangan Mama ...

Memang impian Mama nak tanam pokok ceri Malaysia atau pokok kekut (oghe Kelate panggil) bila ada rumah sendiri nanti.
Entah mengapa ... suka sangat kat pokok ni.
Pada pandangan Mama ...
Selain rupanya yg macam pokok krismas, Mama suka bunganya yg berwarna putih persis bunga sakura ... cantik!!

Pokok ceri Malaysia kami pada Mac 2017
Buahnya pula ... merah macam ceri mini. Manis rasanya. Bila buannya yg ranum dipicit ... baunya lembut, manis dan wangi.


Pokok ceri kami ni tumbuh sendiri ... Mama perasan pada Mac 2016. Bila besar sedikit, kami tanam tepi Rumah Biasa2 kami. Mac 2017, mula berbunga dan berbuah. Di bawah gambar Mei 2018 ... cepat besar dan rendangnya. Serta lebat buahnya.


Tempat berehat .... nyaman dan tenang.
Kawan2 suami suka santai dan sembang2 di sini dari atas rumah.
Tumpuan burung2 dan aneka serangga.
Pokok tempat mereka mencari rezeki dan berteduh.
Mama suka perhatikan mereka ...
Juga suka dengar kicauan burung2 terutama awal pagi ...
.
.
.

Pun ... malam kelmarin ...
Hujan lebat dan angin kuat ...
Tumpas akhirnya pokok ceri Malaysia kesayangan Mama ....


Tumbang menyembah bumi ... huhu!!
Sedih sangat ...

p.s. pagi tadi suami maklum petang ni dia dan geng surau dia nak gotong royong selamatkan pokok ceri ni. InsyaAllah ada rezeki ... hidup lagi dia. Itu doa dan harapan Mama.

24 June 2018

Ronda kawasan rumah ...

Petang ni ronda kawasan Rumah Biasa2 ...
Rumput dah panjang semula ...
Lalang2 mula menjelma ...
Bunga kantan banyak juga,  2, 3 kuntum dah mekar kembang berbunga ...
Limau kasturi, belimbing buluh ... masak, gugur, terbiar merata ...
Eh!! Rambutan berbunga pula kali ke 2 ...
Pokok2 bendi, terung, cili ... rumput rumpai bermaharajalela ...
Hujan, panas, hujan, panas lepas raya ... cendawan2 pun tumbuh dgn banyaknya
Pun ... yg beracun sahaja dimana2
Nun bawah pohon mangga ... pegaga meliar melata
Alhamdulillah ... ulam percuma
Pokok nangka dan manggis ... 'still standing and thriving' ... masih muda remaja
Belakang rumah ...
... serai semakin rumpun
... kunyit pun dah berjasa. Daun2nya penyedap rendang raya
... 2, 3 pokok cili padi dah mula berbunga
... pokok kari pun dah berkali2 makan jasa
... pokok betik yg hampir tumbang, berbuah semula
... pokok2 mulberi!! Entah bila nak mula cantasnya
Ginilah antara aktiviti warga senja aka Mama ... suka ronda keliling rumah dan perhati pokok2 yg ditanam.
Buat apa yg perlu ikut kudrat yg ada ...
Letih ... semput ... rehat seketika ...
Sambil2 tu menghayati kehijauan suasana ..
Pun jangan sekali2 lupa ... semua ini kurniaan DIA ... Allah Yg Maha Esa ...
Amanah alam sekitar untuk kita!
MasyaAllah ... Subhanallah ... Allahhuakbar ...
p s. kicauan burung2 yg singgah ... pelbagai irama, jenis dan warna juga bonus buat Mama ... suka intai perhatikan gelagat mereka 😍

Pokok kegemaran burung2
Pokok ceri Malaysia @ kekut


01 June 2018

Untuk rekod ...


Pokok manggis selamat ditanam suami awal pagi tadi. Ini cubaan ke 4 ... 
Kata penjual, dlm 2 tahun setengah InsyaAllah berbuah. Buah jenis besar katanya. InsyaAllah ....


Dua anak nangka yg ditanan berdekatan seperti yg dipesan oleh tuan empunya pokok.


Terkini mengenai projek tanam sayur suka2 yg dimulai pertengahan Mac lalu.
Setelah 2 1/2 bulan, pokok2 terung yg tinggi dlm sekaki mula berbuah. Musykil jugak terung jenis apa sebab pokok cenonet jer ... entahlah buah sebesar mana nanti ... besar ni pun nak cecah tanah dah.


Manakala pokok2 bendi yg ditanam bersekali dgnnya dah beberapa kali dituai hasilnya dan masih lagi aktif. Alhamdulillah.
(Nampak tak pokok2 terung sebelahnya? Itulah beza saiz mereka. Hihi ...)


p.s. bayam hijau tak menjadi walaupun 2 kali cubaan menanamnya. Diganti dgn sawi ... pun macam tak berapa menjadi juga. Tengoklah macamana lepas puasa nanti.
Tanam untuk suka2 jer ... pun puashati sebab organik 100%.

31 May 2018

Pokok nangka dan manggis .... lagi

10 pagi ... sebaik balik dari kelas mengaji Qur'an, suami dengan bangga tunjuk 2 batang anak pokok nangka yg diberi oleh Tok Guru mengaji dia (setelah dia cerita kisah anak pokok cempedak nangka diRumah Biasa2  yg dah hampir k.o. setelah beberapa kali daun dan pucuknya dimakan anak2 lembu yg dibiarkan berkeliaran oleh tuanya yg tidak bertanggungjawab ... huhu).
"Mengapa 2 pokok?" tanya Mama.
"Tok Guru kata kena tanam dekat2, jarak 2.5 kaki ... itu petua tanam nangka!" jawapan suami.
Ikut sajalah.
Suami gali lubang ... selebihnya Mama uruskan. Berkumat kamit baca doa dan zikir 'Ya Hayyum Ya Qayyum"  agar pokok nangka tumbuh subur.
Dalam pukul 12 tengahari ... suami dgn girang tunjuk sebatang anak pokok manggis yg dia beli di pasar minggu sekejap tadi (ini anak pokok ke 4. Cubaan 3 kali sebelum ni gagal ... tak mau hidup dia. Begitulah semangatnya suami mahu Rumah Biasa2 kami ada sekurang2nya sepohon manggis untuk anak cucu nanti!!)
Rancangan untuk tanam petang tadi ditunda besok kerana hujan agak lebat selepas asar tadi. Bagus juga ... lembut sedikit tanah. Mudah untuk dicangkul. Pagi tadi Mama terpaksa jirus dulu tanah tempat yg hendak digali kerana keras sangat dek dah hampir 3 minggu tak hujan, panas terik!!
Moga penanaman pokok nangka dan manggis kali ini berjaya. Aamiin. InsyaAllah.
p.s. nampak gaya pintu pagar kena dipastikan tertutup sokmo agar 3 ekor anak lembu tu tak dapat menceroboh lagi. Selain pokok cempedak nangka, pucuk anak2 pisang pun depa suka balun!! Kesian anak pisang tanduk dan berangan yg kami tanam. Dah la makan tanpa diundang, siap tinggal na...s merata2!! Geram sungguh la .... Jiran sebelah rumah kami pun merungut juga kerana anak2 pokok rumah dia pun turut jadi mangsa anak lembu 3 ekor tu.

28 April 2018

Diam2 ubi ....

Musim hujan di Kelate ni sinonim juga dgn musim ubi. Ditepi2 jalan, gerai jual ubi tumbuh bak cendawan. Ubi keledek, ubi kayu, ubi badak, ubi itik, ubi keling ... pilih mana yg berkenan. Ubi keledek ada yg isi putih, kuning, oren dan unggu. Ubi kayu pulak, ada yg isi putih dan isi kuning. Pilih jer mana yg teringin dan berkenan. Macam pesta ubi ...!!
Biasanya kalau singgah gerai ubi, semua jenis ubi diborong ... hihi!! Dalam kepala terbayang2 resipi yg bakal dipraktikkan ... haha!! Teringat dulu masa sekolah rendah, bila balik kampong ... tolong atuk dan nenek (kami panggil Che' dan Mok) gali ubi2 yg ditanam. Bekalan untuk musim hujan. Ubi2 badak dan itik biasanya disimpan dgn cara dipintal akar2 dan digantung di bawah rumah (rumah dulu2 tinggi. Seronok main kejar2, nyorok2, masak2 dan congkak bawah rumah dgn sepupu2 ... kayu2 api yg siap dipotong pun disusun empat segi, silang2 bawah rumah. Sungkup ayam, sarang ayam bertelur pun bawah rumah jgk ... nostalgia pulak!!)
Balik pada cerita ubi ... 2, 3 hari lepas Mama operasi kemas dapur. Ternampak macam tali terjuntai dicelah2 rak barang2 kering. Siasatan lanjut (macam csi pulak ... 😅😅), yg disangka tali rupanya tunas ubi itik yg tergolek jauh gamaknya masa diletak musim hujan lepas. Dan tinggi sulurnya, dalam semeter adalah. Dan yg lucu lagi, sebelahnya pulak tergolek seketul ubi keledek unggu yg dah bertunas. Allahuakbar. Ini yang dikata diam2 ubi ... rupanya sedang bertunas. Kalau tanam ... pasti berisi.
Jadi ... semalam, dah selamat ditanam kedua2 ubi. InsyaAllah jika tumbuh subur ... ada rezeki, dapatlah merasa ubi yg ditanam sendiri musim hujan ni. Itulah ...
Kadang2 kita belajar (tadabbur alam) dari perkara2 seperti ini. Allah snw Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui setiap apa yg berlaku ... tinggal kita, hamba NYA, untuk sentiasa belajar dari setiap kejadian dan bersyukur dengan anugerah dari NYA selagi bernafas dibumi yg hanya sebentar ini. Maaf!! Tazkirah sikit utk diri sendiri.

p.s. lupa pulak nak ambil gambar ubi2 tu sebelum ditanam.
Oh! Ya ... hari ni hari penamaan calon PRU14. Moga calon2 yg bakal bertanding adalah yg terbaik buat masa depan negara yg tercinta ini. Aamiinn ....

26 April 2018

Preview Kebun Biasa2 kami ....

Bendi dah berusia 45 hari ...
Terung masih membesar walau disemai hari yg sama

Anak2 cili merah, cili padi dan terung unggu
... nak 'give-away' pada yg mahu

Rambutan yg ditanam pertengahan Mei 2015
... sudah berbunga. Alhamdulillah!

Sireh dah naik junjung 😊
... terima kasih Mak Do (mak sedara)

Kebun Biasa2 yg kembali aktif tahun ni. Itu pun ikut kudrat dan mood ... walaupun dlm kepala macam2 nak tanam. Pun jeles tengok kebun kawan2 yg menjadi ...
Pagi tadi tanam serai dan kunyit ... entah sempat ke untuk buat rendang raya nanti.
Juga semai kembali bayam hijau setelah yg disemai bersekali bendi dan terung tak menjadi ... baki benih yg sama. So just wait n see!!
Nanti Mama 'updates' lagi. Ni nak pergi pasar minggu ... nak tanya penjual pokok jenis rambutan yg kami beli dgn dia tahun 2015 dulu. Lupa nama jenis rambutan sebab baka baru katanya. Dari Thai juga. Dan dek ramai yg tanya rambutan apa ... harus cari dia. Harap dia masih di situ lagi ....

14 March 2018

Minggu ini ....

Melayang RM45.00. Kesnya Amar dah 'ter'lubangkan sedikit bahagian atas depan vest PRS dia masa menggosok uniform sekolah. Baru dia tahu .... seterika perlu laras suhu ikut jenis kain!!! Mencuka muka ... marah diri sendiri campur takut guru marah. Mama usul dia jumpa guru PRS dan terang hal sebenar. Kes selesai dgn guru bagi pinjam vest lama sementara dia urus 'repair' vest yg rosak. Namun kos baikpulih lebih mahal dari beli yg baru. Oghe Kelate kata, "mahal tali pada lembu", 😷. Amar dapat ilmu baru (dalam menggosok pakaian), Ayahnya melayang nota merah biru ... 'what to do' kan?!!
Batas yg usahakan Mr. Cool Mama telah pun disemai dengan benih bendi, terung dan bayam hijau awal minggu ni. Mudah2an menjadi ...  manakala anak2 cili dah boleh pindah. Kali ini Mama nak tanam dalam pasu jer ... tak larat nak buat batas baru. Lagipun banyak pasu2 kosong tu ... terbiar sekian lama. Nanti Mama akan 'updates' dari masa ke semasa perihal projek bumi hijau Mama ni. InsyaAllah ... 😊.
Ayahnya ada kerja diKT. Maka pagi ini menjadi supirlah Mama setelah sekian lama. 6.45 pagi Amar dah minta dihantarkan ke sekolah. "Awalnya ..."
"Hari ni exam Maths Mama ... dah janji nak diskusi dengan kawan2." Sampai kawasan sekolah, ada lagi yg lebih awal dari kami .... lega. Bonus buat Mama sebaik sampai dirumah ... matahari baru menyinsing. MasyaAllah!! Indahnya ciptaanMu Ya Allah. 


p.s. seronok juga kerana minggu ni ternampak pokok mangga yg ditanam sekitar 2014 berbunga akhirnya. Walaupun hanya se dahan ... ok lah tu sebagai permulaan. Selama ni dok jeles tengok pokok mangga orang dok berbunga/berbuah setiap tahun. Syukur!!

23 February 2018

Berkebun ... setelah sekian lama

Musim hujan dah berlalu ... sementara tanah masih lembut dan ada tenaga muda diRumah Biasa2 kami, Mama kerah Muaz (#5) buat batas. Hajat hati nak menanam sayur kembali ... setelah 2017 zero aktiviti.
Tenaga dan fizikal purba Mama n Ayahnya tidak lagi memungkinkan kami guna cangkul seperti awal 50an dulu. Cubalah cangkul rumput, laman sekaki dua ... malam dan keesokkan harinya jadi
robotlah jawabnya. Huhu ....
Penangan grup whatsapp pun ya ... member2 kami asyik dok tayang sayur2an, herba dari kebun, laman mereka. Ada juga yg tanam dalam pasu, botol2 plastik/minyak/sabun (kitarsemula), yg hidroponik, nutripot pun ada. Geram melihat hasil usaha mereka ... teruja!!
Macam2 sayur dah dok tanam dalam kepala ni ... haha. Bukan apa ... tanam sayur, herba, pokok buah2an juga bunga2an tu macam terapi mata dan minda. Hanya yg terjebak saja tahu perasaan puas dan gembira setiap hari jenguk dan lihat hasil usaha, titik peluh mereka. Kira senaman pun ya ... sihat, keluar peluh kata orang tua2.
Itulah ... InsyaAllah menjadi Kebun2 Biasa kami tahun ni. Tu batas dah cangkul dan gembur ... tunggu sehari dua lagi. Biar mati rumput rampai yg ada. Benih bayam, petola, sawi, bendi dah lama menanti ... 😆

Pokok longan @ mata kucing yg terbiar
dah terurus kini. (Projek semalam)
Pertana kali berbuah 2016 ... 2017 tiada hasil.
InsyaAllah tahun ni berbuah kembali ... kali ke 2

p.s. moga projek bumi hijau kami, niat berbudi pada tanah untuk tahun ni menjadi. InsyaAllah ...

28 January 2018

Kejutan ...



Cerita pagi ini;
Entah cili apa yg Mama lempar ikut jendela dapur musim hujan baru2 ni ... tiba2 terkejut pagi ni jumpa banyak anak2 cili tumbuh semasa jenguk2 laman dapur yg sekangkang kera.
Mulalah berteka teki dgn diri sendiri ... cili padi, cili merah, lada benggala ... ??? Cepat2 tanda dgn bakul kain lama yg dah tercabut dasarnya ... takut orang rumah Mama termesin nanti ... putih mata!!
Biarlah ... cili apa pun. Bila dah besar sikit, nak alih ke batas (belum buat lagi, tapi melihat anak2 cili ni semangat berkebun berkobar2 ... dlm kepala macam2 sayur nak mula tanam semula. Musim hujan pun nampak gaya dah reda ... matahari pun dah menampakkan diri semula ...). Nak tanam semua banyak tuh ... Mama fikir nak alih separuh ke dalam polibag kecik. Sapa nak, Mama beri ... nanti nak war2kan pada rakan2 mengaji. Rezeki cili apa yg keluar nanti ... kena tunggulah ya.

Jom tanam sendiri ... puashati
Baja? Air basuh ikan beras pun jadi
Tiada racun perosak ... organik gerenti
Berbudi pada tanah ... takkan rugi


27 December 2017

Bila hujan berhenti seketika ....

Minggu lepas Alhamdulillah cuaca baik ... tak hujan beberapa hari. Matahari pun keluar walaupun kadang2 sembunyi balik awan2 tengkujuh yg masih tebal.
Rata2 penduduk taman kami sibuk dengan pelbagai aktiviti luar rumah terutamanya aktiviti bersih kawasan rumah yg sekian lama terbiar sejak musim hujan tiba.
Kami tak terkecuali ...
- Ambil peluang sidai pakaian di luar.
- Potong rumput dan bersih sekitar rumah dan Kebun Biasa2 kami.
- Kutip buah limau nipis yg banyak luruh
- bunga kantan yg ada sampai buruk, layu dipokok ... kutip mana yg elok
- buah durian belanda ada sebiji hampir masak (agaknya sebab musim hujan, tak ada kesan2 di tebuk lalat buah/serangga lain) ... yg lain, bilang2 ada dlm 8 - 10 putik masih muda. 2 bulan lagi InsyaAllah, ada rezeki, menjadi dan masaklah semua.
- tebang pokok2 pisang yg sakit, buang daun2 pisang kering dan ambil anak2 pisang yg mula meliar untuk agih pada jiran2 yg minta benih untuk tanam.
Itu antaranya aktiviti kami ... buat sikit2, bukan dalam satu hari. Almaklumlah faktor usia, kenalah lebih berhati2. Ingat mengingati ... sebab bila berkebun ni, semangat datang mulalah tak leh nak berhenti ...
" ... sikit lagi, sikit jer lagi ..." bisikan dlm hati.
Sedar2 ... zohor/magrib menghampiri ...
Dan malam nanti ... sakit segala sendi, kejang urat saraf badan sana sini .. pasti!!
Nyesal la sekejap ... tapi biasanya esok ulang kembali ... 😅😅😅
Kalau anak2 tahu, pasti kena marah kami
Terbalik dah kini ...
Tapi kami tahu, mereka risaukan kami ...
Eh!!! Melarat malalut apalah Mama sampai kesini pulak cerita ceriti ...
OK!! Stop dulu, hingga lain kali ...


p.s. ... kat pasar semalam, sebatang bunga kantan rega RM2.00 sebatang!!! Maknanya dah Rm6.00 utk bunga kantan yg Mama ambil tu. Daun limau purut sebanyak tu, kalau beli l, dalam RM1.00 kot. Dah RM7.00 situ weiii !!! Hmmm ... dlm zaman semua rega barang asyik naik, jom tanam yg kita guna harian, lengkuas, serai, kunyit, pandan, pokok kari, cili padi, limau nipis, purut, kasturi dan yg seangkatan ... banyak boleh jimat tu. Yg lebih? Beri jiran, jual ... pahala dapat, duit boleh simpan!!
Ah! Sudah ... cukup la bebel Mama oiii ... pi masak nasi ... 😅😅😅😅!!!


13 December 2017

Kek Pisang yg 'scary' ...

Pisang yg dituai dalam N3 8/12/17 lalu sudah masak. Lalu kami manafaatkan sebagaimana agihan berikut;
1. Guru mengaji Qur'an
2. Jiran sebelah rumah
3. Jemaah masjid taman kami
4. Jemput pisang ...
Dan baki terakhir ... kek pisang (as usual is a must ... one of my favourite cakes)
Konon kali ni nak hias ala2 apam pisang. Hasilnya ...

Huhu .... 'scary' pulak kejadian hirisan2 pisang tu. Cam 'muka2 yg menakutkan' kan???. Lain kali tak nak dah hias macam ni. Rasa lucu pun ya jugak ... 😅😅

08 December 2017

Pisang ... rezeki musim hujan


Alhamdulillah cuaca elok pagi ni. Matahari menampakkan diri ...
Apalagi, marathon basuh baju lah Mama sepagi ...
Sebab dah dua hari hujan berterusan turun ... kadang2 lebat, kadang2 berhenti ...
Ambil peluang jenguk Kebun Biasa2 kami ...
Rata2 pokok pisang belakang kabin banyak yg macam sakit, nak mati ...
Sayangnya ... kata Mama dalam hati ...
Ke belakang rumah pula Mama rondai ...
Pokok betik tunggal, buah lebat sangat dah nak menyembah bumi ...
Mujur ada kayu Mama tongkat dan tali yg Mama ikat sebelum ni ...
Biarlah masa dan keadaan tentukan nasibnya nanti ...
Lepas tu tepi rumah pulak Mama jejaki ...
Pisang yg setandan Mama dok intai hari2 dah kena tebuk sebiji ...
Ayahnya dan Amar pun tak lengah lagi ...
Pisang emas setandan didapur kini ...


p.s. dok terbayang jemput2 pisang, kek, apam, penkek ... apa lagi???