Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

26 July 2018

Selepas selamatkan pokok ceri malaysia selesai ....

Pagi tadi kerja2 'selamatkan pokok ceri malaysia' selesai dengan jayanya ...
Suami kata biar batang2, dahan2 dan daun2 kering dulu sehari dua ... baru senang nak angkat dan alih semua.
Dalam masa yg sama, Mama dok fikir tentang burung2 dan serangga2 (terutama rama2 dan lebah) yg sering datang utk berteduh, mencari rezeki di pokok ini setiap hari. Mesti mereka tercari2 ...
Pagi tadi pun, selepas operasi di atas, banyak burung yg datang ... bising jgk lah mereka ...
... ada yg singgah didahan pokok durian belanda dan mangga bersebelahan ... agaknya hairan??!! Ke manakah perginya pokok persinggahan mereka?
... ada yg turun ke dahan2 yg berselerakan. Mematuk2 buah2 ceri yg masih bergantungan!
... ada yg berkeliaran di bawah, mengutip buah2 ranum merah, jatuh berselerakan merata ditanah!
Esok ... lusa ... bagaimana??
Kesian pula bila fikirkan burung2 tu.
(kena cari sumber rezeki ditempat lain la pula ... )
InsyaAllah ... ada rezeki, pokok ceri malaysia akan rimbun dan berbuah kembali. InsyaAllah ...
Sabar ya pokok ...
Sabar ya burung2 ...

p.s. ... mungkin manusia merasakan mereka lebih baik dari sekalian makhluk Allah yg lain!! Namun ...
*(Petikan dari: farairina.blogspot)
Nah!! ... manusialah yg sering alpa berbanding ciptaan Allah yg lainnya ... sebagaimana firmanNya;


- Peringatan utk Mama juga ... utk sentiasa tadabbur (memerhati, mengkaji dan belajar darinya) dgn alam sekeliling kita. Ada hikmah dlm setiap penciptaan NYA. Ada tanggungjawab kita utk sama2 memeliharanya.


1 comment:

Hayati Ghazali said...

saya macam kakak....sayangnya lahai nak tebang pokok walau dah tumbang separuh...potong tempat yang tumbang je...tak sampai hati nak potong semua sebab terfikir nanti dah tak dengar kicauan burung dan rerama berterbang riang waktu petang :-)