Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)
Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

20 September 2021

Borem ... Dalam Kenangan

Ayahnya kakitangan kerajaan, berpindah randah tu biasalah. Dan disetiap tempat yang kami menyewa, pasti akan ada kucing yang datang. Biasanya ia berakhir menjadi kucing belaan kami.
Ketika menetap di Ipoh, dua beradik, Borem dan Potam ditinggalkan ibunya didepan pintu rumah kami. Barangkali si ibu tahu kami pecinta kucing πŸ˜….
Dua ekor ni kesayangan semua. Aktif, nakal, manja. Kami balik kampung setiap cuti sekolah, mereka ikut juga. Jauh juga perjalanan Ipoh - Kelantan. Tapi Alhamdulillah, mereka ok jer.
Bila kami pindah ke P. Pinang .... Manjit, anak Auntie Amar, jiran kami cadang tinggalkan saja mereka di Ipoh. Dia akan jaga. Jiran terdekat lain juga sedia nak jaga mereka. Sebabnya Potam dan Borem ni semua rumah jiran depa pergi, macam 2nd home mereka. Semua kenal mereka. Kami akur walau sedih sebab memikirkan tempat baru tiada taman yg lapang depan rumah. Tiada pokok untuk Potam dan Borem panjat (kegemaran mereka). Dapat tahu Potam dibela penyewa baru, Polis Din. Borem pula, dibela jiran kami, Cikgu Aziz.
Dan setiap kali ke Ipoh, kami pasti singgah lawat 2 ekor ni. Masih kenal kami, masih manja. 
(p.s. Potam mati dilanggar kereta setahun kemudian. Ditanam dibawah pokok kegemaran dia). 

Jun lepas Cikgu Aziz memberi perkhabaran sedih. Borem mati dalam tidur pada 04. 06.2021 😭😭😭. Ikut kiraan Mama, pada usia 15 tahun. Kalau ikut usia manusia, dalam 75 tahun gitu. Kali akhir Mama jumpa Borem ialah pada tahun 2014. Selepas tu anak no. 4, yang berkahwin dgn gadis Ipoh dan menetap di Setiawan kini, yang selalu updates pasal Borem. Bila PKP, terhenti berita, sehinggalah berita sedih dari Cikgu Aziz ni. 


My beautiful Borem ... Her latest pic.
(2006 - 2021)



In memory .... Potam and Borem
 

20 February 2019

Lihatlah dua ekor ni ...

Ke mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi ...
Haaa ... Ini buktinya!! 

PYO  ... Si Emak

BAMBAM  ... Si Anak
Aktiviti selepas makan. Beginilah hari2 ...
Selagi tak beri makan, mengiau dan berbelit dikaki.
Kalau didapur, mau tersembam kuatnya 'tolakan' dan 'hadangan' Bambam pada setiap pergerakan Mama. 
Kalau dia dah gigit2 manja kaki atau betis tu  ... amaran tak boleh tunggu lagi dah. Lapar sangat la tu.
Walhal makan 'time' 4x sehari dah.
Pun tak termasuk waktu cebisan ikan, ayam mentah dihulur setiap kali Mama didapur selepas balik dari pasar.
(p.s. Mana tak hulur, dua2 ekor dok merenung Mama dgn pose dan muka ala 'Puss in the boot' tu. Haha ...)
Pun mereka dua ekor ini jugalah peneman dan penglipur lara Mama.
Dan cara mereka tunjukkan kasih mereka?


Sapa ada kucing tahulah .... hihi!! 



10 March 2018

Pampered lots ...


Bambam is most happy when outside 😻
Bambam ... selfie πŸ˜…
PYO ... just hate being cuddled πŸ™€
"Mama ... where are you?"
Mama's daily morning and evening
walking companions πŸ˜™
Am I overweight Ma?? 😿😿
Bamban and Amar ... πŸ’•


01 November 2017

When furs fly ....



Our front lawn, the aftermath after a fierce brawl between dear Bambam and tresspasser Mama named Lanun ...
Thats our Bambam's furs alrite ... huhu
(p.s. ... thats Amar's shoe Mama threw at Lanun to break the fight. Succeded!)
Rule no. 1:  Never ever try to break the fights physically cos the two rivals will see you as enemy no 3 and join forces to attack you instead ... trust me. Just use water or anything not harmful to break them ... eg shoes, slippers, or simply make noise ... but keep the distance please!


Bambam's dishevelled face and body after the fierce fight. Lucky Mama was at home ... it could have been worse. Poor dear ...
Upon full body inspection, Mama spotted blood!! Rushed inside immediately to get necessary aids to clean n treat the wound.


After cleaning the blood and further thorough inspection, phewww!!! Its not Bambam's blood. Poor Lanun ... hope he's doing ok coz Mama haven't seen him around or even nearby since!!
Good job Bambam. You defended your territory well ...
But this is not the end coz there will always be new trespassers who will try to claim Bambam's territory (our house and its surrounding compounds i.e.) ...
Just yesterday morning Mama spotted one big orange bushy tail cat passing by ... just simply passing by.
Furs will fly again for sure ...

21 July 2017

My cats n I ....

Taking a walk early morning and evening has been my routine since 'the mild heart attack' episod last April ... its one of the doctor's order too.
Just a morning walk around our compound ... but am enjoying it because of these two loyal furry companions ... always there either; just looking, joining me, simply running around or spying on the birds and bees πŸ˜„;
Thanks guys!!!

The walking trail ... a few rounds
early morning and evening
PYO's favourite ... hide and seek ❤

Bambam's favourite ... lazing around unless
called, provoked or chased .... haha!!
Am increasing the number of rounds by the days ... also getting ready for my 'stress test' appoinment next month.
p.s. InsyaAllah everything will be fine.
(Doa, usaha dan selebihnya tawakkal)



10 June 2017

Pyo dan Bambam

 
Tinggal 2 beranak ni jer sekarang ... si emak, Pyo dan si anak, Bambam.
Kerja ... makan tidor makan tidor ... ternak body. πŸ˜†
Pun ... terhibur dengan kehadiran dan kelitah mereka. 

Waktu tidor;
Antara yg dapat dirakam. Pyo ... terbungkang. Sopan mopan ... janji zzzzz

Jadi mainan;
Gaya korporat ... nektie dari daun kelapa ciptaan Mr Cool Mama .... 
p.s. nampak sangat muka tak redha Bambam. Haha!!

... kadang2 teringat dan rindu pada anak cucu Pyo yg samaada diserahkan pada rakan taulan, hilang atau mati. Mereka sebahagian dari bulus2 kesayangan yg pernah singgah dalam hidup kami.

23 November 2016

Tinggal 2 ....

Rasa rindu ... rasa sedih ... rasa bersalah pun ya ....
Sejak 2 anak2 terakhir PYO dari 5 beradik diserah kepada kawan suami ...
Sebelum tu ... yg 3 ekor dah diambil menantu kawan Mama ....
Walaupun rasa lega kerana tuan2 baru mereka peminat tegar kucing
Rasa sunyi pula bila dah terbiasa mereka;
- dok main2 dgn kaki jubah Mama setiap kali turun jemur kain, siram pokok, beri mereka makan ...
- serbu setiap kali pintu dibuka ...
- gelagat lucu n kiut mereka bergurau, berkejaran, bergomolgurau lari kejar sesama mereka ...
Sabarlah hati ...
PYO dan Bambam kan ada ...
p.s. sedih juga;
Kerana Goji ... sudah hilang entah ke mana ... tak pulang2 ... rindunya 😒
Kerana Big ... sudah berkelana membawa diri ke lorong DS/4 ... (menantu terserempak dia di sana)
Dek Bambam yg garang ... tak mahu 'share' kawasan dgn jejaka mana2 ...
Begitulah Mama ... entah kali ke berapa, sokmo cakap tak mau bela kucing lagi ... sedih sangat2 kalau kehilangan mereka ...
Pun kalau ada yg datang berkelana ... terjumpa anak2 bulus kecil yg dibuang manusia yg tak sukakan mereka ... cair hati kalah jua ...
Skrip yg sama ... ulangtayang semula ...
Rasanya tak kot kali ni ...
😺😼😸😻😽😾 ... comelkan mereka ...

11 November 2016

Yg hilang ... yg datang ...

Selepas Tamtam hilang dan tak pulang2 ... Mojo pula ikut hilang dan tak pulang2 lepas Raya Korban lalu.
Dan Bambam tiba2 menjadi 'terrotorial' ... habis dikejar kucing2 jantan yg ada dirumah kami ... kesian Goji dan Big. Waktu makan datang sorok2 ... terpaksa asingkan tempat makan mereka jauh2 ...
Lepas makan, cepat2 Goji dan Big menghilang @membawa diri.
Tiada lagi bermain bergurau bersama seperti dulu ...
PYO hamil lagi ... beranak 5 ekor. Kali ke 4 dia beranak ... lalu kami sepakat 'spayed'(mandulkan) PYO minggu lepas. Anak2nya pon dan 2 bulan usia, dah makan makanan pejal ... dan akan dilepaskan juga pada sesiapa yg mahu bela mereka.
Itulah ... faktor usia tidak memungkin Mama jaga mereka ... cukuplah PYO, Bambam dan Goji serta Big yg 'kejap ada kejap tiada' .... 😦😦😦
p.s. sebelum ni Bambam pun sudah dimandulkan juga.

11 August 2016

Tamtam hilang ....

Sudah seminggu lebih Tamtam xbalik ...
Entah di mana dia ... hidupkah? matikah?
Dapat tuan barukah?
Kami rindukan Tamtam ... sihitam yg biasa2 juka dibandingkan dgn bulus2 yg lain ...
Tapi dialah yg paling berani ... lasak ... manja dan setia. Sentiasa ada waktu makan tiba ...
Jodoh kami dengan Tamtam mungkin hanya setakat hari dia hilang ...
Di mana jua Tamtam berada ... kami redha
Semalam Amar tanya Mama, "Mama rasa kita jaga Tamtam ok ke? Adik harap Tamtam pergi bukan sebab dia merajuk dengan kita ...!"
Insya Allah Adik bukan kerana itu sebabnya ...
Mama yakin kita dah jaga dia dan semua sebaik terdaya ... makan 3x sehari jarang 'miss' ...  main dengan mereka petang bila lapang ... cakap dengan mereka terasa cam mereka faham ... cari bila tiada waktu makan ... itu antaranya
Tamtam ... terima kasih kerana pernah singgah dihati kami ... gembiralah ... damailah Tamtam ... di mana jua Tamtam betada 😒😒😒

25 July 2016

Terpaksa lepaskan ....

Sebelum Ramadhan baru2 ni ...
6 ekor anak2 PYO berusia 2 bulan diberikan pada 3 orang kawan2 Mama ... 2 ekor@ ... supaya mereka ada teman bermain.
Syawal ... Sabtu lepas, 4 ekor anak Ella, dgn Ella sekali (kerana anak2 usia sebulan lebih dan masih menyusu) ... pula diserahkan pada kawan menantu Mama.
Sedih sungguh tp terpaksa dilepaskan ... 😒😒😒Kemain Mama soalsiasat dulu utk pastikan mereka2 ini, ibu angkat baru bulus2 Mama juga sayangkan kucing.
Kini tinggallah PYO, Bambam, Mojo, Goji, Big dan Tamtam ... cukuplah tu buat peneman kami. Faktor usia, allergi dan masa tidak membolehkan Mama jaga mereka seperti Mama muda2 dulu ... lagipun 'assistants' dah tinggal sorang ... Amar yg juga makin 'busy' semenjak naik sekolah menengah ...
Tapi Mama puashati sebab
... kami dah jaga mereka sebaik mungkin ...
... mereka juga dapat keluarga baru yg baik dan sayangi mereka (Mama tanya khabar sokmo ... ) Moga itu yg terbaik buat semua ... 😊😊

10 October 2015

Terbiar 3 ....

Kronologi;

April lepas, kami ada 8 ekor anak kucing dari 2 ibu, PYO dan TEH (juga kisah TEH sakit dan PYO yg jadi ibu tumpang utk 5 ekor anak TEH). Alhamdulillah mereka membesar dgn baik ... kesemua kucing kami ketika itu berjumlah 12 ekor.
Bulan Jun kami kehilangan ABE yg mati tiba2 ... tidak lama lepas tu PINGU, NICK dan AWE pula hilang pada suatu malam hujan lebat. Puas cari tak jumpa. Tinggallah BIG, ELLA, GOJI dan TAM ...
Tanpa disangka, TEH yg baru pulih dari sakit 'termengandung' lagi ... huhu. (p.s. Memang dok 'planning' nak kasi bila dia pulih dan lebih berisi ... krukk krukk) Bulan Julai, TEH beranak ... 4 ekor semuanya. Campur tolak ... yg ada kini jumlahnya 12 ekor kembali. Dan Alhamdulillah! Kali ini,TEH pandai jaga dan menyusukan anak2nya.

Bermula episod Terbiar ...

Julai .... doter Mama melahirkan cucu pertama kami.
Cucu + doter dlm pantang + bulan puasa + raya = masa Mama pada kucing2 'almost zero' .... Hanya sempat sedia ikan rebus utk mereka. Selebihnya Amar yg beri makan (Amar pun ... pagi, petang, malam ada kelas ... UPSR)
Ogos .... Syukur ada insan yg ingin ambil TEH dan keempat2 anak2nya (yg comel sangat ... huhu). Walau berat hati nak beri, terpaksa berpisah juga kerana dok fikir dari mereka terbiar tiada lagi masa untuk Mama tumpu dan main2 dgn mereka setiap pagi dan petang .... biarlah mereka bersama insan yg akan sayangi mereka sepenuh masa. Selamat Tinggal TEH dan anak2 ... moga disayangi tuan baru.
Dan pada 09/08/15 ... cucu kedua  Mama selamat dilahirkan. Bergegas kami ke Ipoh .... tinggalkan doter dlm pantang dengan Mak dan adik.
September ... Amar UPSR, perkahwinan kali ke 2 anak pertama Mama (duda ... bukan tambah cawangan ...), menantu dan cucu ke 2 habiskan pantang di rumah kami, Raya Korban ....
Kemudian, Mr. Cool Mama 'suspected' denggi nun jaun di Puncak Alam .... (tak keruan Mama fikirkan dia, wassup ... call ... setiap masa. Harapkan Abang dia ajalah yg tengokkan dia ... terima kasih Abe dan Leen). Bila begini ... mahu saja Mama dan Ayahnya berada disisi dia ... tapi apakan daya, ketika itu yg di sini pun perlukan kami juga ... cucu2 dan ibu2 mereka. Alhamdulillah tak melarat demamnya ...cuma masih lengoh2 badan ... dan 'miss' 4 kertas periksa 'final exam'.
Oktober .... rancakkan Mama ber'blogging' semula! Tanda ... everything is almost back to normal. Hasil 'terbiar' .... PYO dan MOJO sakit ... tapi dah pulih semula. Itulah al-kisahnya .... bila Mama celaru, tumpuan pada kucing2 haru biru .... rasanya cukuplah 7 ekor yg ada nih. PYO, BAMBAM, MOJO, BIG, ELLA, TAM dan GOJI .....
p.s. sori tak leh upload foto depa ... masaalah teknikal (^__^')


22 April 2015

PYO .... 8 is enough!

Dalam entri lepas, rujuk sini , Mama dah ceritakan perihal PYO dan TEH beri kami 8 ekor anak kucing ... serta pasal Tam dan Boo yang mati kerana penyakit misteri. Pasal kerisauan Mama bagaimanalah nak jaga kucing2 tu nanti ... ramai sangat kan?!!
Seminggu lepas tu ... kerisauan Mama bertambah! TEH tiba2 jatuh sakit ... tak mahu makan minum ... tak mahu susukan anak2nya yg 5 ekor tu ... walaupun puas Mama dan anak2 usaha (samapai tahap paksa) Teh menyusukan anak2 yg masih belum terbuka mata dan luruh pusatnya ... yg menangis kelaparan ... kesian sungguh!
TEH semakin kritikal setiap hari ... jatuh kasihan kami melihat TEH siksanya nak menyusu anak ... apatah lagi nak bersihkan anak2nya maupun diri sendiri. Air susu dah tiada sebab tak makan minum ... TEH tinggal rangka. Hinggalah suatu hari ... dia tak mau lansung dekati anak2nya ... terbaring saja ... makan minum bersuap, paksa!
Lalu mati kutu kami memikirkan anak2nya ... 4 ekor, sebab seekor dah Mama ambik masa TEH mula2 jatuh sakit ... letak dgn anak2 PYO (masa PYO tiada ... mujur PYO ok ... walaupun mula2 curiga, cium sini sana ... mungkin ada bau lain selain dari anak2nya), untuk ringankan beban TEH.
Awalnya ... Mama dan doter usaha berikan susu dn botol yg dibeli dikedai kucing ... dgn 4 ekor anak kucing yg kehausan tahap kritikal ... samai naik menangis kami ... sebab anak2 tu dah macam tak keruan laparnya. Gagal 100% usaha tu ... Hanya PYO jalan penyelesaiannya ... Bila anak2 PYO dah tidur kekenyangan ... doter dan Muaz operasi letak seekor demi seekor anak2 TEH pada susu PYO. Walaupun PYO ad mendengus marah mula2nya ... doter dan Muaz juga berjaga2, takut PYO ngap anak2 kucing tu ... Alhamdulillah! Misi berjaya ... lena kekenyangan serta tak bergerak pun masa PYO bersihkan badan mereka yg dan bau semacam (hihi ... sebab dah lama ibu mereka tak bersihkan). PYO pula ... punyalah banyak minum air lepas tu .... mana tak dahaganya, menyusu 8 ekor anak dan cucu ... letih wooo!!
Jenuh jugakla membuat pusingan menyusu ... takut aa yg tak dapat. Melihat kelapan2 mereka bergomol berebur susu ... dengan PYO berleter marahi manja ... lucu aa, kesian pun ya!
Masuk sebulan ... susut sungguh badan PYO ... walaupun hidangan special kami sediakan ... PYO ni jenis ibu yg amat penyayang ... makan sedikit, tak sempat habis ... terus kembali ke tempat anak cucunya ... panggil2 mereka .... dan apa yg kami takuti berlaku juga ... seekor anak PYO mati (19/4) .. kecik sangat, tak cukup zat, kalah dgn yg lain gamaknya. Genap sebulan seminggu usia mereka, Mama putuskan beri 'solid food', makanan khas utk anak kucing ... 2 kali sehari, utk ringankan beban menyusu PYO. Kesian tengok ... sebab mereka makin membesar, tiap kali menyusu, berebut cam aksi gusti lagaknya ... tolak menolak, cakar mencakar .... adoiii!!!
Misi Mama ... nak gemokkan dan montelkan mereka ... mesti ada yg geram nak 'adopt'  nanti. Tak tau lau sampai hati ke idaknya ... dah seronok dan geram lihat mereka main dan bergomol sesama mereka ... terhibur lihat telatah mereka ....
Weh! Panjangnya entri kali ni ..... (^__^')
p.s. berita baik .... TEH dah makin pulih. Hari tu ingat dah nak mati ... tinggal tulang dan kulit aje ... lalat penuh hurungi, semut merah pun ...  luka bernanah lagi. Tapi ... she's a fighter, panjang umur lagi ... selera dah kembali, dah boleh berlari dan bersih diri sendiri. Syukur!

17 March 2015

Sedih + Gembira + Risau ....

Sedih dulu ...
Tak sampai dua minggu Tam mati ... dek penyakit misteri
Kali ni Boo pula menyusul pergi ...
Dia yg paling aktif, berani, kaki jalan ... 'tomboy' versi kucing
Kalah Mojo dan Bambam ... 2 tomcats yg suka main aja
Juga misteri .. tiba2 moyok, tak mau makan ... puas suap, pujuk ... sikit je dia buleh makan ... mengiauw bila dibelai ... nak cakap sakit gamaknya.
Dan pada 11/3/15, sekitar jam 3 petang ... Boo tinggalkan kami selama2nya
Walaupun sedih ... lega kerana berakhir sudah penderitaan Boo
Tiada lagi Boo ... yg pantang pintu atau jendela terbuka
Dialah yg pertama menyerbu masuknya ... suka amat main nyorok2 bwah kerusi meja ... dgn Muaz, Amar .. yg pura2 kejar dia
Moga Tam dan Boo bahagia ... before and after ...

Gembira;
Dalam masa yg sama ... 2 'mak buyong kucing' di Rumah Biasa2 ...
Ibu mereka, PYO dan Teh ... siputeh yg 'petite' antara 3 (Tam, Boo, Teh) ... menunggu masa
Pagi 15/3/15 ... PYO, ibu mereka selamat beranak ... 4 ekor semua
Pun seekor mati ... tinggal 3
Keesokkan harinya, 16/3/15 ... sekitar jam 3 ptg pula
Teh selamat melahirkan ... 5 ekor anak kesemuanya ... ok belaka

Bab seterusnya ... Risau:
Honestly ... Mama dah pening kepala ...
4 ekor yg ada + 2 pendatang asing (Mama namakan si Milo dan Oren) ... + 8 ekor anak kucing yg baru lahir tu
... bagaimanalah nanti nak urus mereka ... risau takut kacau rumah jiran tetangga ... nak tinggalkan kalau nak makan angin ke mana2 ... 
dah mula congak, mengira2 ...
Ada sapa2 minat ka ... lepas tempoh menyusu Mama iklan ya ...

p.s. Mama suspek si Milo tu bapak anak2 kucing tu ... sebab semua hitam macam dia ... (-___-')

02 March 2015

Tam ... rehatlah sayang

Dah dekat sebulan Tam sakit .... tak tahu sakit apa. Badan yg montel dah tinggal tulang. Akhir2 ni, jalan sikit ... tercungap2 macam lelah pula. Dah bawa pergi klinik haiwan, dah makan ubat, supplemen lagi. Kadang2 lalu makannya, kadang2 tak mau dia ... gitulah. Doter dan Muaz lah yg paling ambil berat ... beri ubat, makan bersuap ... belai dan bersihkan Tam.
Semalam, sekitar jam 3.30 petang, seperti biasa, doter nak beri Tam makan. Tiba2 doter menjerit ...
"Mama! Muaz! Tam ... Tam dah mati ...."

Kegemaran Tam .... kotak
Bergegas kami semua .... memang ya. Tam dah tiada!
Doter dah berjuraian air mata ... Mama pula tak sanggup nak lihat lama2 ... sedih! Tiba2 teringat pada kucing2 kami sebelum2 ni yg telah tiada ...  Kopi, Popo, Mr., Milo, Chi, Sri, Nestum, Horlick, Vanilla dan Potam.
Jika dulu Amar menangis teresak2 bila kucing kesayangannya mati (ceritanya klik sini ), kini dia pula yg tanya Mama, Mama rasa sedih, nak nangis ke?
Bila begini ... serik! Rasa tak nak bela kucing lagi ... tak sanggup hadapi bila kehilangan mereka. Rasa gitu sokmo, tapi bila kucing datang rumah ... tak mampu nak halau, apatah lagi buang mereka.
Tam ... jodoh kita hanya sehingga semalam ... Mama harap kasih sayang kami semua selama ini memadai. We miss you already ...
(-__-,) .... kini tinggal Mojo, Bambam, Boo, Teh dan PYO (ibu mereka)

Masa kecik ... Tam suka main
'hide n seek'


p.s. Muaz dan Amar lah yg uruskan tanam Tam bawah pokok besar depan rumah ... di bawah pengawasan Ayahnya. Takut juga nanti kubur Tam kalau tak cukup dalam, nanti dikorek binatang liar.

TAM : 06.06.2014 - 01.03.2015

10 December 2014

KUCING VS PETUA

Ini nukilan rasanya 2 bulan lepas ...
Rasanya relevan utk dikongsi bersama  ... terutamanya 'cat lovers' Mama cuma cuci sikit yg mana berhabuk dan bersarang  ....  'touchup' sikit2 agar nampak kemas ... hihi
Ia cerita 5 anak2 berkaki 4 lasak yg amat ketika itu (sekarang pun ...).
Kebun Biasa2 Mama??? Dah jadi taman aka hutan tempat mereka 'training'  ... huhu!
Dua2 sayang  ... anak2 berkaki 4 dan pokok2 yg Mama tanam sendiri  ... walaupun tahu diri bukan 'green fingers'. Tumbuh elok tu rahmat dariNYA. Alhamdulillah.
Ketika itu ... Kebun Biasa2 Mama 'terancam' (-__-').  Lalu mengadulah Mama pada En. Google yg serbatahu! Tanyakan  "Cara elak kucing ganggu kebun/taman". Banyak jugaklah blog/websites yg dia rekomen. Antara tip yg disaran  ....

a) Tanam pokok herba seperti lavender, pokok ru, lemon, pudina dan serai. Hmmmm  ......


Lihatlah serai Mama yg lunyai dikerjakan mereka ... huhu
Semai lemon ... elok bertunas, alih ke pasu. Pun k.o ... pasu tu jadi tempat 'sparring' depa!
Pudina? Dua pasu pudina pun terima nasib yg sama ... pupus dah mereka!!!!

b) Letak batu kat pangkal pokok! Kalau batu kecik2 ... diorang gali buat main! Bersepah keliling pokok! Batu besar, agak2 diaorang takleh alih ... ok! Jadi petua ni.

c) Letak dawai, pokok2 berduri tajam .... kejam tu. Mama tak sampai hati.

d) Jika nak elak kucing dari berak merata dilaman, taman .... letak bola! Konon macam kepala orang ... dok perhatikan mereka 'melepas'!! Kira macam teori 'orang-orang' yg petani guna disawah ladang. Belum cuba ... dan pastinya akan cuba. Mama kena pergi beli bola ( 2 -3 biji) lepas ni. Lets wait and see ... jadi ke tak jadi pada 5 ekor buah hati yg tak makan saman ni.

p.s. buat masa ni, Kebun Biasa2 Mama terbiar  ... lama dah tak der aktiviti menanam. Cuma sekali sekala buang semak samun yg makin bermaharajalela ... dek cuaca hujan, panas dan Mama yg berat tulang  dua-tiga-menjak ni. (-__-') Salahkan cuaca ... hujan ... beralasan ... tak baikkan!!!

08 December 2014

PYO putus hubungan dgn anak-anaknya

Semenjak PYO putuskan untuk tidak menyusukan anak-anaknya lebihkurang 2 bulan lepas, dia buat pusingan 360 o dalam hungungannya dengan anak-anaknya. PYO memutuskan terus hubungan ibu-anak dengan anak-anaknya
Dulu, KOPI (kucing kami masa di Pasir Mas) walaupun putus susu dengan anak-anaknya, dia masih mesra dan berbaik, bermain dengan mereka.
Tapi PYO .... huhu, 'buang' terus anak-anaknya yg 5 ekor tu.
24 jam di atas rumah, boleh bilang jari dlm seminggu dia turun ke tanah.
Kalau anak-anaknya mendekati ... dia mendengus, marah, dan 'tampar' mereka jika masih tidak hiraukan amaran dia.
Kesian pulak tengok ... anak-anak yg kini 6 bulan usia, masih mahu main-main, mesra dgn PYO ... tapi PYO sebaliknya ...
DINGIN se dingin dinginnya ... langsung lihat anak-anaknya sebagai musuh!!! Tak boleh mereka dekati lansung!!!
Memang Mama rasa PYO kejam sangat! Ya lah, sebelum ni dia seekor ibu yg teramat penyayang .... sampai kurus kering badan asyik menyusukan anak-anaknya. Tak lekang jauh ... makan pun hanya bila lapar sangat ... Sampai habis luruh bulu ekornya yg lebat tu ... tak sempat nak urus diri sendiri. Kalau anak-anaknya yg tengah nakal menjauh sikit ... riuhlah dia mengiaow memanggil, memarahi anak-anaknya. Memang Mama bagi 100% markah, A  +++ pada PYO bab jaga anak-anak nih.
Jadi bila dia 'ignore' terus dan jadi tersangat 'mean' pada anak-anaknya, Mama 'frust' sangat. Banyak kali jugalah Mama marah PYO bila dia 'mengamuk' kat anak-anak dia bila mereka mahu mendekati, mahu bergurau dengan dia.
Lalu Mama google lah ... mencari jawapan. Rupanya beginilah kucing ... cara siibu mengajar anaknya berdikari setelah banyak ilmu kehidupan diajarnya kepada mereka ... (itu Mama perasan ... macam orang jgk, lucu tengok PYO leteri anak-anaknya masa mereka kecik).
Now total cut-off, no more motherly-child bond, the kittens is now 100% on their own at around 10 - 12 weeks old  (p.s. Mama yg takeover now ... huhu)
Kesian kan ... tapi itulah realiti kehidupan haiwan. Tak mustahil PYO dan anak jantannya dapat anak lain kelak!! Tapi 6 is enough ... nak 'kasi' (neutured) kesian pulak .... tapi daripada membiak tanpa jagaan sempurna (sebab ramai sangat) dan ganggu jiran tetangga ... 'kasi' ajalah pilihannya. Dilema ...

08 September 2014

Ini PYO dan anak-anak ....





Mereka makin besar  ....makin nakal, makin lasak, makin kuat makan!! (^__^'). 5 ekor, 5 karektor .... cam orang jugak!
BOO  ... paling cerdik! Pakar menyelinap masuk ke dalam rumah.
Kita letak dia ke luar dari pintu depan  .... pantas dia masuk semula ikut pintu tengah! Tutup semua pintu, letak ikut pintu belakang, ikut jendela dia usahakan. Hmmm  ...
TAM  ... paling nakal! Awas kaki2 yg bergerak! Dikejar, ditangkap, digit, dicakar   ... walaupun ditepis, larang, marah! gurau lah konon! Orang Kelate cakap, gura bewok!  haha  ... gurau kasar @ganas!
TEH  ... paling kecil tapi paling lasak. Kalau lumba lari, comfim dia menang. Juara memanjat pun ya  .... pokok betik, pagar, pokok jambu jiran sebelah  ... dan pokok besar depan rumah!! (p.s. yg ni, dia tak reti nak turun, mengieouww minta tolong. MENGAPA YE KUCING SUKA PANJAT POKOK TAPI TAK RETI NAK TURUN SEMULA!?)
MOJO ... kesayangan Amar. Paling macho, paling berani meneroka,  paling kuat makan, paling garang (bab makan jgn berani dekat atau sentuh makanan dia ... grrrr!!!). Tapi, paling manja pun dia  ... hihi
BAMBAM ... paling debab. Paling akhir bab  ... keluar sangkar, datang bila dipnggil, sudah makan! Lebih suka menyendiri, suka privasi  .. kalau diangkat, dipelok, kejang seluruh badan. Mengieow halus minta dilepaskan. Doter cakap, Bambam cam lembam, ... HKU (haiwan kurang upaya) .. Taklah, mana ada Bambam gitu  ... dia cuma slow sikit, pemalu!
Dan ibu mereka, PYO, sukanya  ... kini ada teman main kejar2, gurau senda, bawak balik entah apa2 (bulu burung, cicak, belalang, tisu, batang kayu  ...) untk anak2nya. Kadang2 dia pulak yg 'over excited' nya  ... berlebih2 galak dari anak2nya. Haha  ...
Walaupun 'havoc' dah rumah ni dgn kehadiran mereka, kadang2 rimas, marah bila semua masuk rumah  ... tapak2 kaki kecil merata2, langsir, kerusi, karpet jadi habuan mereka  ... bila ada orang mintak nak seekor, dua .. buat baka  ... ohhh! sayang, tak sampai hati nak pisahkan mereka  ...
Peneman kesunyian Mama  ... bila semua berpergian, tinggalkan Mama sorang. Tika itu, merekalah penghibur, penglipur lara Mama!!!!
Alhamdulilah  ...

13 August 2014

Ini penglipur lara Mama ....

Dah makin besar mereka  ... Mojo, Tam, Bambam, Teh dan Buu.
(p.s. ada yg dah tukar nama dari sebelumnya  ... dek Mama yg tua ni asyik keliru@lupa 'apa-ka-nama-mereka-aaa?'  ... huhu)

Dah makan nasi  .... dah pandai bersih diri ... comelnya, hihi!




DAN .... lasak yg amat!!!
Dah nasib kamu serai  .... jadi taman permainan mereka  ... huhu!!





09 July 2014

We are one month old ma ...

Hi!
We are one month old now ...
Our Mom, PYO loves us soo much!!
This is us ... infront our 5th house.

We are ... clockwise;
Sey, Nomnom, Mojo, Teh and Bambam

(p.s. ... actually Mom's Pet, the always-in-caftan lady moves us here.
She told Mom, it'll be more cosy, roomier than 'under-the-various-bed'
we've been before!!! Mom sort of against it at 1st  ...
Now she is a bit ok 'cos we like it here ...
But Mom still thinks her Pet has other agenda ... whatever Mom.)


17 June 2014

PYO ... dah jadi ibu

Wah! Pagi ni broadband tetiba super laju  ....
Jadi ambil peluang tayang 'cucu2' Mama yg baru seminggu usia ....
5 ekor (©_©)  semua  .... belum bernama!

p.s. rupanya bukan Si Oren bapaknya  .... (-__-')


'Outing' pertama dari 'hideout'mereka


PYO ... sejak ada anak, ginilah aktiviti utama dia. Ke tanah, kejar burung serangga  .... tiada dlm kamus lagi dah. Keluar bilik untuk makan minum dan 'nature's call' aja. Tak mau main macam dulu lagi dah ... keluh Amar.


Biasanya waktu petang, beginilah cara rehat PYO ... ehemm!!! atas kabinet baru @ raya  ...  haha! Ambil peluang tayang kabinet baru! Apalaa Mama ni  .... hihi