Rasanya relevan utk dikongsi bersama ... terutamanya 'cat lovers' Mama cuma cuci sikit yg mana berhabuk dan bersarang .... 'touchup' sikit2 agar nampak kemas ... hihi
Ia cerita 5 anak2 berkaki 4 lasak yg amat ketika itu (sekarang pun ...).
Kebun Biasa2 Mama??? Dah jadi taman aka hutan tempat mereka 'training' ... huhu!
Dua2 sayang ... anak2 berkaki 4 dan pokok2 yg Mama tanam sendiri ... walaupun tahu diri bukan 'green fingers'. Tumbuh elok tu rahmat dariNYA. Alhamdulillah.
Ketika itu ... Kebun Biasa2 Mama 'terancam' (-__-'). Lalu mengadulah Mama pada En. Google yg serbatahu! Tanyakan "Cara elak kucing ganggu kebun/taman". Banyak jugaklah blog/websites yg dia rekomen. Antara tip yg disaran ....
a) Tanam pokok herba seperti lavender, pokok ru, lemon, pudina dan serai. Hmmmm ......
Lihatlah serai Mama yg lunyai dikerjakan mereka ... huhu
Semai lemon ... elok bertunas, alih ke pasu. Pun k.o ... pasu tu jadi tempat 'sparring' depa!
Pudina? Dua pasu pudina pun terima nasib yg sama ... pupus dah mereka!!!!
b) Letak batu kat pangkal pokok! Kalau batu kecik2 ... diorang gali buat main! Bersepah keliling pokok! Batu besar, agak2 diaorang takleh alih ... ok! Jadi petua ni.
c) Letak dawai, pokok2 berduri tajam .... kejam tu. Mama tak sampai hati.
d) Jika nak elak kucing dari berak merata dilaman, taman .... letak bola! Konon macam kepala orang ... dok perhatikan mereka 'melepas'!! Kira macam teori 'orang-orang' yg petani guna disawah ladang. Belum cuba ... dan pastinya akan cuba. Mama kena pergi beli bola ( 2 -3 biji) lepas ni. Lets wait and see ... jadi ke tak jadi pada 5 ekor buah hati yg tak makan saman ni.
p.s. buat masa ni, Kebun Biasa2 Mama terbiar ... lama dah tak der aktiviti menanam. Cuma sekali sekala buang semak samun yg makin bermaharajalela ... dek cuaca hujan, panas dan Mama yg berat tulang dua-tiga-menjak ni. (-__-') Salahkan cuaca ... hujan ... beralasan ... tak baikkan!!!
No comments:
Post a Comment