Mama sedang bersiaran dari Bangi, Selangor ni ....
Alhamdulillah petang semalam selamat sampai .... menunaikan janji bawa Muaz dan Amar jalan-jalan sempena cuti sekolah.
Ketika kami turun dari rumah pagi semalam, hujan mencurah turun. Hari ketiga hujan tak celik mata (kata oghe Kelate)
Biasanya kalau 3 hari hujan begini, dalam bulan Disember ni .... bah @ banjir pasti! Musim tengkujuh 'finally' setelah panas terik hampir setiap hari sebelum ni ...
Sepanjang jalan sebelum memasuki jalan utama ke Machang .... mengharung air yg dah mula melintasi jalan. Banyak dari biasa .... takut tak lepas pun ada. Air kiri kanan ... banyaknya!!!
Resmi orang Kelantan, suka main air ... dan itulah yg kami lihat dikawasan2 yg air dah banyak ... kanak2 terutamanya. Jeles pun ada ... Amar dan Muaz lagi la .... beri Sunway Lagoon, yg ni lebih 'real' kata mereka. Hahaha ...
Alhamdulillah ..... dari Gua Musang hingga ke KL, tak hujan ... mendung je.
Sampai KL dapat berita .... air dah naik merata. "Dah banjir Mama!" ... maklum doter yg tunggu rumah, tak ikut sama.
Bila begini ... banjir, teringat kenangan kecik2, masa Mak dan arwah Abah masih muda ... ia melekat dihati, sampai bila2 ....
Masa kecik dulu, yg diingati bermain air bah yg setakat pinggang Abah. Duduk dlm besen yg diletakkan ke atas pelampong tiub dan diheret Abah sekitar rumah. Bila air makin naik dan hampir mencecah lantai rumah, bot askar yg meronda datang rapat ke tangga, tanya, "Abang, Kakak nak pindah". "Sat! Nanti nak tanya Mak Bidah dan K.Wan sebelah ..." jawab Mak (kami dan jiran2 tak pindah pun ... tapi ingat Mak dan kawan2 dia pilih bantuan pakaian2 yg dibawa askar2 tu. Baju sejuk warna merah biru ...). Tidur atas meja makan, Abah cakap takut lipan! Masa tu air dah setakat buku lali dalam rumah (padahal rumah dah tinggi ... 6- 7 anak tangga tak silap Mama). Itu sekitar tahun 60an, ketika menetap di Pasir Puteh, Kelantan.
Bila pindah ke Machang (masa Mama sekolah rendah) tak merasa rumah dinaiki air lagi. Pun, sudah tradisi rakyat Kelantan .. Abah pasti bawa kami pergi main air! Seronok sangat ... baju basah tak apa, ramai orang bagai pesta! Jalanraya yg dinaiki air itu pilihannya! Main air atasnya ... Abah dan Mak, jalan2 je, kami dah 'kuak lentang, kupu2 ... habis gaya mandinya. Menyelam bagai lagi ... hihi. Juga tengok orang naik sampan, menjala, rakit buluh, batang pisang ... teringin nak naiknya. Tidak fikir pun bahaya ... yg tahu hanya suka! Pun, Abah dan Mak sentiasa awasi kami, tak lekang depa disisi ... begitulah setiap tahun, musim tengkujuh dinanti, main air tiada galang ganti ... memori yg melekat dihati (p.s. ... kini Mak masih begitu. Suka main air banjir, mujur ada adik bongsu ... layan Mak ke sini situ ... Terima kasih Ecu).
Apapun ... berhati-hati musim banjir ni. Air ni pun macam api, kecil kawan, besar ... lawan!!!! Moga banjir kali ni yg sinonim @ pakej tetap dengan musim tengkujuh ni tidak memudaratkan ... Aamiinn .....
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
18 December 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Selamat bercuti Muhaini.Happy holidays.
Masa kecil tak pernah rasa bah,hanya diPerlis baru tau apa itu azab pindah randah,punggah memunggah.La ni pun hati bimbang takut Perlis kena bah.
Terima kasih Cikgu. Memang musim tengkujuh ready awal2 letak barang berharga tempat tinggi dan selamat. Dokumen2 penting pun letak dlm bekas kalis air. Selebihnya tawakkal. Dan bila banjir surut .... Letih tak terkata cuci mengemasnya.
Post a Comment