Ingat tak pokok manggis cubaan tanam kali ke 4, 1 Jun 2018?
😭😭😭
Tak berjaya juga. Mati kejung dia. Bukan salah cuaca atau tuan dia tak cakna.
Tapi .... angkara lembu entah milik siapa, yg sering masuki pagar yg terbuka (bila terkadang2 alpa tutupnya). Yg tiap kali pilih pucuk2 muda pokok mangga, manggis, keledek dan pokok2 bunga yg ada.
Bisa gamaknya air liur depa, walau pun Mama cantas, bertunas tumbuh daun baru, kena makan lagi, cantas lagi ... campur musim kemarau, #4 k.o akhirnya.
Give up?!! No no no ...
Ayahnya refuse to surrender.
Minggu lepas beli lagi anak pokoknya.
Kejap tadi, Ayahnya dan Mr. Cool (yg baru sampai semalam utk cuti raya) dah tanam pokok manggis #5 (aka cubaan kali ke 5).
Sungguh, tiada daya dan upaya kami melainkan berserah 100% pada NYA. InsyaAllah.
Yang penting, 'Never say never' ...
Turut ditanam mengiringi pokok manggis, pokok sentul (santol @cotton fruits ikut Wikipedia). Yang ni Mama pilih yg buah dia besar2, Siam mari kata penjualnya.
Buah sentul 😍 (gambar Google) |
Alhamdulillah dah selamat ditanam semua. Moga cuaca redup pagi ini, kemarau yg dah berlalu, berkat bulan Ramadhan yg mulia ... tumbuh dan membesar bagai yg diidam. InsyaAllah. Aamiin.
Sementara itu, nak lapur juga 🤭:
Pokok durian belanda - kedua2 pokok tak henti berbuahnya.
Pokok gajus - tahun ini kali ke 2
Pokok gajus yg ditanam diluar pagar |
Pokok2 betik - rasa nya tanah dikawasan kami memang sesuai untuknya. Subur dan lebat2 buahnya. Hingga pokok2 terpaksa di'support' batangnya agar tak tumbang.
Pokok rambutan dan mata kucing - sedang lebat berbunga.
Pokok limau nipis dan limau kasturi juga berbuah sokmo.
Cuma pokok kelapa dan kurma yg masih dialam remaja 😅😅
Pun sukanya ...
Makin diberi/dikongsi - makin berbuah lagi.
Itulah sifir sedekah ...
Percayalah.
Dengan berlalunya kemarau, selepas Ramadhan dan Syawal, Mama merancang mahu bercucuk tanam sayur2an pula.
InsyaAllah ...
Moga diberi NYA rezeki sihat buat kami berdua. Aamiin
Nota: Semua ini Mama nukil untuk rekod bila pokok2 ditanam di Kebun Biasa2 kami disekitar Rumah Biasa2 kami.
No comments:
Post a Comment