Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

19 May 2019

18 Mei ....

Tarikh yg ingin sangat dilupakan ....
Tapi juga tarikh yg perlu diraikan  ....
Dalam gembira hari lahir  dirai ...
Ada sendu tangis dilubuk hati ...
Beginilah setiap kali ...
Selepas 18 Mei 2009.
.
.
.
18 Mei  ...
Tarikh anak bongsu, Amar dilahirkan ke dunia  .... 16 tahun yg lalu.
Amar .... Mama sokmo doakan Amar jadi anak yg soleh, berjaya dan selamat dunia akhirat serta membahagiakan Mama dan Ayoh juga orang lain dikeliling adik.
.
.
.
18 Mei juga tarikh anakanda ke 2 Mama, Wan Mohd Munzir dijemput Ilahi 10 tahun yg lalu pada usia 25 tahun.
Dia sihat sahaja bila tiba2 demam 'on n off' selama seminggu sebelum meninggal (severe pneumonia with acute respiratory distress syndromes - itu yg tertulis dlm sijil kematian Angoh).
Remuknya hati kami semua hanya Allah yg tahu ...
Pun kami redha ...
Setiap kali tulis, ingat, cerita pasal Angoh .... Air mata pasti tumpah. Allahu. Ia luka yg tak pernah sembuh.
Allah lebih sayangkan Angoh.
(pujuk hati setiap kali ingati dia)
Al Fatihah ....
.
.
.
p. s. Masih ingat pada hari tu, Amar usia 6 tahun. Hanya dia yg tidak menangis, tapi pejam mata mulai jenazah sampai hingga disolatkan. Masa cium pun pejam mata. Waktu itu kami semua tenggelam dlm duka masing2. Sehari selepasnya Mama tanya kenapa Amar tak mahu buka mata tengok arwah buat kali akhir.
Amar beritahu dia tak suka tengok Angoh tidur lama2, tak gerak2, buat Mama nangis. Ketika Ayahnya pulang dari pengkebumian Angoh, baru Amar nangis teresak2. "Amar sayang Angoh" itu yg diucap berkali2 hingga terlena. Air mata semua yg ada tumpah kembali .... Ia kenangan yg berbekas dihati.

Ya Allah. Ampunilah dosa2 anakku dan damai kan rohnya di sana bersama2 orang yg beriman. Aamiin ....


No comments: