Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

06 May 2019

Hari pertama Ramadhan 1440H ...

Alhamdulillah kami di Rumah Biasa2 tidak bersahur bertiga ...
Kali ini anak2 dan keluarga masing2 yg dok Maran dan Setiawan balik menyambut puasa bersama2  ...
Semestinya Mama dan Ayahnya gembira.
Amar?!!  Tahan jerr la dek anak2 sedara gegak gempita berlarian dan asyik nak masuk bilik dia.
"Camner nak study ni Mama. Minggu ni minggu exam!"
"Jawabnya kena bangun pagi sebelum sahur lah. Itu jerr waktu bertenang mereka 😅😅"
Petang ni Mama tak payah buat apa2, masak nasi jerr. Kami nak ronda bazar Ramadhan. Tak Sah kalau balik tak pekena kuih muih lauk pauk tempat an kita. Hari pertama kuih muih, lauk pauk dan pelbagai jenis air 'fresh' belaka.
Itu kata mereka!!
Alahai anak2. Gitula mereka melayan kita. Tapi Mama pula macam rasa terkilan, tak lengkap kalau tak masak untuk anak2. Dah terbiasa ...
Ayahnya dah pesan, toksah rambang mata. Beli yg perlu jerr.
Tak tahu lah Mama. Kalau ikut kes2 lalu, dalam beringat .... penuh meja juadah berbuka.
Jangan membazir sudahlah anak2, menantu2  ...

p.s. Ingat pada mereka2 yg susah di sini dan juga di merata dunia. Terutama umat Islam yg tertindas di Palestine, Somalia, Syria, Rohingya, China, Sudan ... itu antaranya.

Bersyukur lah kita hidup dinegara yg subur, bebas, aman damai dan tiada bencana alam yg serius.
Moga puasa tahun ini lebih baik dari tahun2 sudah. InsyaAllah  Aamiin  ...





No comments: