Lalu pilihan terbaik ialah buat lasagna roti (p.s. puding roti takder peminat kat Rumah Biasa2 selain Mama ... huhu). Kali ni Mama campur daging cincang dengan sosej ayam (sebab daging cincang tu ada sekeping jer) dan guna sos pasta Adabi (kes tak rajin nak buat sos tomato sendiri ...)
Dapat dua bekas, tapi yg kedua tu, dek lapis akhir pes daging bersosej dah tinggal cenonet, Mama tambah hirisan sosej perisa lada hitam utk meriahkannya ....
Satu bekas beri doter yg berbuka dirumah mertua |
Ini resipi Mama, lari sikit dari yg pernah buat sebelum ini. Biasalah ... improvise sana sini.
Bahan asas;
Roti (Mama guna Gardenia) secukupnya
Bahan celup;
1 1/2 cawan susu full - cream (Mama guna Dutch Lady)
2 biji telur saiz sederhana
- Mama tak tambah garam sebab sos pasta dah cukup perisa, dan roti pun elok masinnya.
..... pukul bersama hingga sebati, ketepikan.
Bahan tabur;
Kepingan keju cheddar (Mama guna Cheesedale) secukupnya, dan
Keju parmessan parut .... ikut suka nak banyak mana.
Bahan pes;
1 keping daging cincang (Mama guna Ramly)
3-4 batang sosej ayam (Mama guna Pertima) - potong kiub kecil2
1/2 cawan sos pasta (Mama guna Adabi)
3 ulas bawang putih - mayang halus
2 biji bawang merah - mayang nipis
sos tomato dan sos cili secukup rasa (opt)
garam, gula secukup rasa
- tak perlu tambah oregano, parsley sebab dlm sos pasta dah ada.
1. Tumis bawang merah dgn sedikit minyak masak/minyak zaiton dn api sederhana hingga agak berkaramel/garing.
2. Masukkan sos pasta, sos tomato dan sos cili. Kacau.
3. Masukkan daging cincang dan tambah sedikit air. Masak hingga daging agak empuk.
4. Masukkan bawang putih dan sosej. Kacau dam masak hingga kuah agak pekat dan sosej masak. Tambah garam, gula secukup rasa, biarkan sebentar dan tutup api. Ketepikan.
Proses buat lasagna roti ....
1. Sapu acuan dgn mentega. Celup roti kedlm adunan susu + telur, dan letak dlm acuan.
2. Tuangkan adunan pes pasta + daging + sosej secukupnya agar melitupi roti. Letakkan kepingan keju (Mama carik2kan sedikit agar rata).
3. Ulang proses 1 dan 2 hingga habis. Lapisan atas sekali, atas kepingan keju, tuang lebihan bahan celup (jika bersisa) dan tabur keju parmessan, mozarella (ikut suka).
4. Bakar 180 - 190 C selama 25 - 30 minit. (Mama punya lapisan roti hanya 2 lapis. Jika lebih, mungkin kena bakar lebih lama sedikit .... +10 - 15 minit lagi).
Sedap dimakan panas2, waktu berbuka selepas makan khurma dan minum air. Solat maghrib dulu, lepas tu boleh makan menu utama .... nasi serta lauk-pauk yg ada. Baru bertenaga nak solat terawih pula .... jgn kenyang sangat udahlah. Kang berlengkar cam ular sawa .... kekenyangan, terawih pun ke mana!!!
Eh! Terbebel pulak Mama ni. Hihi ....
No comments:
Post a Comment