Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

12 July 2014

Bak kata Pendekar Bujang Lapok .... D U G A A A A N n n n

Tak terkata hubby bila dapat e-mail awal pagi semalam  ...
Sila lapur diri ke  ...., Putrajaya. Pertukaran tuan berkuatkuasa hari ini  ....!!!
Marah, geram, kecewa  ... silih berganti!
Dia orang ni kerja ikut peraturan sendiri ka?!!
Ingat PP, Kelantan - Putrajaya jarak sekaki?!! Hari ni juga nak lapur diri! Bagilah ruang barang sehari  .... syukur takder penyakit darah tinggi!!
Bila telefon yg hantar e-mail, 'Maaf tuan, saya hanya kerani, ikut arahan yg diberi. Dokumen pertukatan hanya saya terima pagi tadi  ... boss suruh e-mail segera, dan maaf, hari ni dia cuti!!'
Habis upaya tahan amarah  ...
(p.s. kalau naik pangkat, takper jugalah)
Puasa semalam gerenti 'kurus' dah ...
Mujurlah Boss dipejabat baru amat memahami  ...
Boleh tangguhkan hari lapur diri  ...
Puasa yg berbaki  ... terasa hambar kini
Raya yg bakal tiba ... hilang terus keceriaan perancangannya
Memikirkan hubby yg terpaksa 'bujang' kembali ... diiusia begini
Terpaksa urus makan pakai sendiri
Makan digerai  ... sah ajinomoto selori
Mama risau 'migraine' yg dah reda, berulang kembali
Maklumlah  ... suasana serba 'relax' dan udara tak tercemar disini
Akan diganti dgn bunyi bising, jem dan asap sana sini
Belum kira kos sewa rumah/bilik, minyak, air api  ... Ya Rabbi
Yang Mama dan anak2 di sini ... ibarat patah kaki
Hero kami dirampas pergi  ...
Mengulangi episod 2009  ... kau di sana, aku di sini!!
Bila pasangan tua berpisah  ... peritnya lebih parah!
Laratkah hubby ... ulangi ulangalik kembara ziarah
Diusia begini  .... ahh! Sudah ....
Abang!! Sain borang pencen ajalah  ...
(itu doa Mama  .... cukup2lah ... )

.... hanya upaya pujuk hati, anggap ini dugaan dari NYA. Pasti ada hikmah disebaliknya  ... Allahu Akbar. Allahumma yassir wala tu'assir  ....

2 comments:

Al-Manar said...

Memang tak ada rasa kemanusiaan. Itulah bila ada kuasa. Maanusia sama seperti alat. Sebuah kerusi boleh diletak dibilek tidur atau diluar tandas.

Tapi geli rasa hati saya membaca orang marah sambil pandai berpanttun!

Selamat berpuasa dan berhari raya dimana saja. Allah berada dimana saja melihat dan memberi nikmat kepada hambanya yang sabar melalui dugaanNYA

muhaini said...

Hihi! Masa mengarang tu dah 'cool down' tapi penuh emosi. Itulah ... Harta, pangkat, rupa boleh buat kita alpa, tertipu dan disalahguna. Iman adalah apa yg menetap dihati dan dizahirkan dengan amal perbuatan. Itu kayu ukurnya ....
Selamat Berpuasa dan Hari Raya juga buat Pakcik Al Manar sekeluarga.