Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

03 July 2014

Tumbang .... Patah lagi!!


Betik no. 3  .... pagi hari ke 3 puasa ... tumbang lagi buat kali ke 3!! Kali pertama, gotong-royong menyelamat ber 3, Ayahnya, Muaz dan Mama! Kali ke 2 kejadian tumbang, ber 2, Muaz dan Mama jerr ... dan kali ke 3 ni, solo  ... Mama sorang2 sbb sedar kejadian tumbang time semua orang dah ke sekolah, masuk ofis!! Ingat nak 'give-up' jer, biar gitu  ... tapi sayang pula bila tengok buah2 yg lebat tu. Kali ni, Mama letak kerusi plastik sebagai sokongannya  ... selepas 3 batang kayu sokongan sebelum ni tak berjaya halang angin kuat malam sebelumnya  ... tak tau la berjaya ke tidak!
p.s. hoping for the best. Insya Allah kalau ada rezeki  .... Betik no. 4 yg tumbang hari tu, doing very very ok!!

Ini pulak pokok cili padi kesayangan Mama  ... yg sedang galak berbunga dan berputik dia.
Setiap pagi Mama jenguk, teruja dgn perkembangannya  ... Sebelum ni, dah pernah patah dua ... kesilapan yg tak disengajakan Pakcik tukang paip yg tak perasan ada pokok cili dilaluan kerja dia.
Pun, umur masih panjang, bertunas berputik merimbun semula ...
Tup! Tup! Pagi semalam ... seperti gambar di atas, tak terkata apa seketika.
Bak kata Amar: frust gilerrr  .... haha
Rasanya Mama tahu 'culprits' nya .... 'comfirm' bukan angin kencang yg tumbangkan Betik no. 3!!
Juga bukan warga Rumah Biasa2, maupun tukang yg dah dah lama siapkan kerja dia ...
Nantilah Mama post gambar depa  ....
Kalau ikut sejarahnya, Mama harap sangat pokok cili ini seperti pepatah lama  .... Patah tumbuh hilang berganti.
... dan dahan yg selamat kat bawah tu .... memberi harapannya ...
Insya Allah .... soon!!
Buat masa sekarang, redha  .... dah bukan rezeki Mama lagi  ....
Sabar  .... adalah hikmahnya tu!!
p.s. N3 lagak musnah ladang betik dan cili berekar-ekar  .... huhu!

4 comments:

Granny Hani said...

Pokok betik meme mudah tumbang ke? Risau pulak sbb ada juga sepohon dua betik dlm kebun sekangkang anak kera HanI tu..tanya sikit, betik mula brbuah selpas tanam lama mana?

muhaini said...

Hani, gitulah nasib yg rumah ni dan jiran. Bila dah berbuah, kalu lebat dan makin membesar, cam 'overload' atas ... So, bila ribut sikit, mudah tumbang kalu kayu sokongan xcukup kuat. Huhu .... Biasanya dlm 8 - 9 bulan, Insya Allah dapat rasa hasilnya. :-)

Al-Manar said...

Cuba pula ikat 3 tali dari atas pokok dan hujung bawah dalam tiga penjuru kemana mana umbi pokok lain. Kalau tidak, bila ribut hendak datang turun lah 3/4 beranak pegang pokok! Makcik suka tanam betik tapi tak mahu menjadi betik biasa - bertangkai! Nampaknya pilih dikedai buah juga akhirnya.

muhaini said...

Rumah kami tiada pokok2 lain lagi. Baru setahun duduki rumah sendiri ... Dlm proses tanam itu dan ini. Yg paling tinggi, betik2 ni ...