Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

15 November 2017

Kerabu ayam ... kegemaran keluarga

Resipi lagi ... tapi jangan tak tahu. Ini resipi istimewa ... kegemaran keluarga.
Lauk yg tak pernah mengecewakan. Pasti bertambah2 warga Rumah Biasa2 kalau makan dgn nasi panas2. Juga cara terbaik nak suruh hero2 Mama makan sayur/ulam tanpa paksaan. Walaupun satu jer lauk ... ianya lengkap dengan sumber protin, sayuran, ulaman segar, kuah, serat dan mineral (haha ... ala2 pakar pemakanan pulak hari ini 😅)

Kerabu Ayam ... meriah, warna warni lauknya
(ini versi kurang pedas ... cili padi hijau)

Ia resipi yg senang. Resipi ini kuantiti bahan ikut suka hati. Nak lebih/kurang bahan yg mana ... pilihan/selera sendiri. Nak lebih ayam, nak pedas, nak lebih sayur/ulam, nak masin masam manis, nak kurang/lebih kuah ... terserah. Bak kata pepatah ... 'Tepuk dada tanya selera'.

Cara buatnya:
1. Potong ayam kecik2 (Mama suka lebihkan kaki, sayap ayam), bersihkan.
Rebus dengan hirisan halia dan bawang putih serta sedikit garam dan gula hingga empuk.
2. Sementara tunggu empuk, hiris nipis sayuran/ulam yg ingin dimasukkan ke dalam kerabu. Asas utama;
Serai, bunga kantan, tomato, bawang besar, cili padi dan jus limau nipis.
Sayuran; putik/baby jagung, celery, timun, kacang panjang, daun ketumbar, lada benggala (kuning, merah, hijau)
3. Bila ayam dah empuk, masukkan sayuran yg perlu dimasak sebentar - putik/baby jagung dan celery. Masak anggaran 2 minit.
4. Angkat dan ketepikan sebentar. Agak2 suam, masukkan semua bahan2 hiris dan jus limau nipis di atas. Perasakan dgn garam, gula dan sos ikan (opt.). Masukkan garam terakhir sebab sos ikan sendiri dan masin. (1 -2 sudu makan sos ikan sudah memadai utk 500 - 600 gm ayam). Kacau sebati dan sendukkan ke dalam mangkuk. Siap.

p.s. hidangan ni lebih 'special' kerana serai, cili padi, limau nipis dan bunga kantan adalah tuaian dari Kebun Biasa2 kami. Alhamdulillah ... organik semua.

No comments: