Kudapan kegemaran Mama.
Dulu2 beli ... dan biasalah bila yg dibeli ... acapkali kurang menepati piawaian selera
- kurang inti, pedas sangat, kurang perisa, ubi banyak pada daging/isi ayam, terlalu berminyak ... ada je yg tak kena.
Nak buat sendiri tak reti dan rasa susah, renyah ... itu pemikirannya. Huhu ...
Nak jadi cerita, satu hari (maaf 'history' sikit) ... arwah kakak ipar bertandang ke rumah. Dia bawak karipap yg dia buat sendiri ... sambil minta maaf kalau tak sedap sebab lama dah tak buat.
Apa yg melekat dihati Mama ialah ... kakak ipar yg dah berusia 60an, tinggal berdua dgn anak OKUnya, boleh buat karipap sendiri utk sarapan ... Mama yg muda ni (waktu itulah) ... tak pernah berani mencuba!!!
Itulah detik permulaan 'mahu cuba dan buat sendiri' karipap dan apa jua juadah yg diingini. Terima kasih K. Wan Yah, beri inspirasi .... (moga roh arwah ditempatkan bersama org2 yg soleh. Aamiinn ...)
Yg tinggal .... karipap sarapan pagi ni |
Dan yg 'best' buat karipap sendiri ialah ... intinya yg pasti mewah dan padat ... oksigen kureng 😄😄
Ini resipi doh karipap Mama;
250 gm gandum
70 gm majerin
- gaul dgn hujung jari /'rub-in' hingga berderai
70 - 100 ml air suam (suaikan)
secubit garam.
Gaul sebati semua bahan dan uli hingga jadi doh. Rehatkan dlm 20 minit, canai ... terap, bubuh inti (yg ni ikut suka masing2 ... resipi masing2 ... nak inti daging/ayam ka, ubi saja ka, kari ka kurma ka, sardin ka, ikan ka, telur ka ... ikut selera ya) ... pastu klim dan bila selesai. Goreng atau frozen.
p.s. tip tak melekat masa frozen, letak dulang karipap2 yg siap klim dlm 'freezer' +/- 5 minit atau beku sedikit. Lepas tu alih simpan dlm bekas tupperware/tipuware 😆.
** guna api kecil ya kalau nak goreng yg frozen ...
No comments:
Post a Comment