Abang D telah menghadiahkannya sebuah kereta sempena hari lahir D yg baru memulakan kerjayanya. Pada suatu hari, semasa keluar dari tempat kerjanya, D nampak seorang remaja sedang mengamati penuh minat keretanya.
"Ini kereta Abang?" tanya pemuda itu setelah D menghampiri keretanya.
D angguk. "Abang Abang yang belikan. Hadiah hari lahir."
Pemuda itu kelihatan terkejut sebentar. "Maknanya abang Abang beri dan Abang tak perlu bayar satu sen pun?"
D angguk lagi sambil tersenyum bangga.
"Wow! Kalaulah saya dapat jadi abang seperti dia ....."
Fuhh!! Kalau Mama, sahih Mama impikan ada abang seperi D. Tapi pemuda ini adalah sebaliknya, ingin menjadi seperti abang D pula .... pihak yg memberi, bukan menerima.
Mulia sungguh hatinya.
Jom kita U-turn .... lebih memberi dari menerima.
Bila kita memberi, orang yg menerima pasti gembira.
Memberi bukan sahaja dlm bentuk wang ringgit, material .... tapi juga fizikal dan spiritual ... pertolongan, senyuman yg ikhlas, kunjungan ziarah, menelefon bertanya khabar, menyanyangi bukan membenci, memaafkan, mengalah, mendoakan, .... itu antara caranya juga.
Senang sebenarnya Nak Jadi Abang Seperti Dia .... tepuk dada tanya minda, jawapannya ditangan kita jua.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud;
"Sebaik-baik manusia ialah yg lebih memberi manafaat kepada manusia." (H.R.: Thabrani)
p.s. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
No comments:
Post a Comment