Bila 6126 sakit lagi ...
Mama belajar urus sendiri, bawa dan tanya itu dan ini, pada pomen yg baik hati,
Yg sabar layan makcik ini, yg tak faham2 istillah bush, joint, multi-link, entah2 apa2 lagi ...
Tanya berulang kali ... sebab nak lapor kat big boss nanti!!
(p.s. nak 'claim' pun ya ... hihi)
Bila Mak sakit .... darah tinggi naik mendadak, lepasi 200 bacaan atasnya,
Akibat disengat tebuan, entah berapa ekor, yg serang dia selepas cuba selamatkan cucu BFF dia, 4 tahun usia, yg terlebih dahulu disengat mereka.
Kepala, belakang, lengan ... bisa dan sakitnya, hanya Mak dan sikecil yg merasa ... hingga menggeletar seluruh badan, menahannya.
Tak keruan Mama dan semua yg ada diwad kecemasan melihatnya.
Alhamdulillah ....
Semalaman diwad, dijaga dn dipantau doktor dan misi yg bertugas, Mak dan sikecil tak apa2, dapat balik keesokan harinya.
Terima kasih pada semua doktor, misi, petugas, pengawal di wad ER dan wad perempuan, wad kanak-kanak diHospital Tg. Anis, Pasir Puteh ... hanya Allah yg membalas khidmat cemerlang anda.
p.s. tak lupa petugas, pemandu ambulan di Klinik Kesihatan Gaal, yg memberi rawatan awal kepada mereka berdua.
Pun, kedua2 Mak dan 6126 masih belum sihat sepenuhnya.
6126 perlu masuk wad lagi ... masih ada 'parts' bersabit sendi yg perlu diganti ....
Mak pun, perlu ke klinik lagi. Periksa darah (sebab hari tu cam kandungan gula sedikit tinggi), serta rawatan susulan yg lain, jika perlu.
Dan ...
Bila semua ada dirumah .... 'tab' yg satu ni tak henti kerjanya. Bertukar tangan sokmo.
Semua nak guna ... yg jadi mangsa, Mama!
Dan blog Mama ni. Biasalah, mengalah bukan tandanya lemah ...
Tapi kalau mereka semua suka, gembira ... Mama pun lagi gembira!!!
Itulah .....
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
3 comments:
get well soon mok...
Moga mok cepat sembuh dan kembali sihat seperti selalu.. Rindu nak dengar cerita mok di sini.. :')
Anonymous dan Nani, Alhamdulillah Mok dah sihat. T.kasih. :-)
Post a Comment