Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

22 September 2014

Amar ... Mama, susahkah jadi ibu?

Dua hari lepas, usai solat Isyak  ... Amar tiba2 datang dekat Mama.
Dengan suara rendah dan mata berkaca2, dia bertanya  ...
"Mama! Susahkah menjadi seorang ibu? Banyakkah beban yg ibu kena tanggung?"
Terkejut dan terkesima sebentar Mama.
Tak pasti apakah jawapan yg tepat, dlm masa yg sama tidak mahu Amar merasakan Mama terbeban menjadi ibu  ... ibu dia dan adik beradiknya.
"Adik! Menjadi ibu memang besar tanggungjawab. Tapi semua orang ada tanggungjawab masing2. Ayah lagi besar tanggungjawab pada keluarga  ... Dia ketua, Mama penolongnya. Kalau Adik, Bebe, Abe, Anas dan K.Cik tolong Mama dan Ayah, ringanlah beban kami."
"Macam Adik tolong beri kucing makan, basuh pinggan, angkat kain ke?"
"Yes! Tapi solat, belajar, mengaji Qur'an, mandi, ikut waktu yg dibenarkan main game tanpa perlu Mama beritahu pun tolong Mama dan Ayah juga".
Amar tunduk dan angguk2 kepala.
"Boleh Adik jadi anak yg begitu? Jadi anak yg soleh, yg gembirakan hati Mama dan Ayah?"
"Bagaimana nak gembirakan hati Mama dan Ayah?"
"Jadi budak yg baik, berdisiplin, amanah, suka tolong orang dan haiwan  ... buat apa yg Allah suruh, dan jangan buat apa yg Allah larang, walaupun Mama dan Ayah tak suruh,  jauh, tak nampak. Boleh?"
"Insya Allah Mama."
Sambil peluk Mama, Amar berbisik, "Adik sayang Mama".
"Mama pun sayang Adik. Mama bangga jadi ibu Amar, Muaz, Angah, Abe, Anas, K.Cik. Mama dan Ayah tak rasa terbeban sikit pun" sambil cium ubun2nya.
Tiba-tiba,
"Adik tak nak kehilangan Mama! Adik tak nak Mama mati!" sambil teresak2  ....
Rasa luruh jantung Mama seketika  ... tergapai2 mencari jawapan yg sesuai agar hatinya tidak tambah terluka.
Lalu yg upaya Mama beritahu Amar  ... tika itu, bahawa semua benda hidup akan mati. Kita semua milik Allah. Allah beri pinjam, jadi Allah ambil baliklah hak DIA, sebab dia sayang hak dia.
"Adik doalah tiap kali lepas solat agar kita sekeluarga dapat berkumpul semula disyurga".

p.s. bukan Adik sorang sahaja yg takut kehilangan Mama, keluarga tersayang  ....

1 comment:

Anonymous said...

sayang adik...good boy <3