Jadi Mama harap kita semua 'Beringat sebelum kena' kerana 'Mencegah itu lebih baik dari merawat'.
Bagi sesiapa yg kerja diluar (outdoor) atau ada aktiviti luar sebelah malam .... seperti dibengkel, jual burger, penjual dipasar malam, memancing, BBQ, dsbnya ... jom lihat cara elak gigitan nyamuk yg dipakai oleh adik dan anak Mama dibengkel dan warung burger masing2. Hanya perlu bekas telur .... gunting mcm lingkaran ubat nyamuk dan bakar hujungnya.
p.s. jgn guna cara ni dlm ruang sempit, cam dlm bilik ... kang ada yg masuk spital sbb lemas dek asap. Juga, letaknya ditempat lapang, jauh dr benda2 mudah terbakar. |
Ya! Hanya belah dua buah limau nipis dan cucuk dengan bunga cengkeh. Cantik dan sedap baunya.
Itu antaranya .... jimat, berkesan dan mesra alam. Usahalah untuk kitar semula agar bumi kita yg semakin tua ini tidak terseksa dgn perbuatan kita juga. Ingat generasi anak cucu kita ... bagaimanalah gamaknya bumi yg bakal diwarisi mereka. Masih bersihkan sungai, pantai ... masih bersisakah pokok2, hutan sumber oksigen kita dan makhluk Allah yg lainnya? Think about it ok!
Nota: Terima kasih Anum, Munif dan Anas (^__^).
2 comments:
cara yang pertama tu menarik...saya baru tau...will try : )
-M-
Selamat mencuba M. :-)
Post a Comment