Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

18 September 2014

Bila dipuji ... katakanlah ... Amiinn! Alhamdulillah!

Lagi kebaikan PJJ (Pasangan Jarak Jauh) ...
Ia memberi ruang dan peluang buat Mama lebih berfikir  ... arah mana  halatuju perhubungan kami yg sudah melebihi 3 dekad ini.
Kadang2 pasangan lama cam kami nih, yg rasa sudah berada dizon selesa perhubungan, dah boleh 'baca' pasangan, ia buat kami jadi statik ... ditakuk sama ... "ia kata awak, ia jugalah kata saya" ... haha!
Betul juga pepatah lama  ... 'Sayangkan isteri, tinggal, tinggalkan  ...'. Ya, bila berjauhan dan bila bertemu kembali  ... rindu yg terpendam diluahkan dgn perasaan kasih sayang yg lebih ketara dari dahulunya.
Ingin lebih memberi dari menerima  ...
Masa kini betul2 jadi macam emas  ... mahal dan berharga. Itulah yg dirasa.
Lalu  ... Mama kini berpesan pada diri, juga pada semua suami, isteri, anak, menantu, (maaf ... belum bercucu), dan siapa jua yg baca N3 kali ini ...
Bila di puji suami/isteri ... "Yang cantik/segaklah hari ni!", toksahlah dok pura2 malu, meluat, benci konon! Lalu respon, "Alah! Ada udang sebalik mee lah tu ..", atau, "Takyahlah nak menipu ... cakap ajalah dah berkedut seribu!", atau apa2 juga jawapan spontan konon marah, tak mau dipuji (padahal suka sangat2). Ia mungkin buatkan yg memuji terasa hati, tawar hati, marah  ... malas nak puji dah lagi lain kali!
Jom! Lepas ni ... kalau ada yg puji begitu, begini  ... apa saja komplimen diberi  ... Aminnkanlah pujian mereka, cakaplah, dgn senyuman manis, "Terima kasih Ling! Aminnn! Alhamdulillah  ... Ling pun sama juga!"
Agak2 orang yg memuji tu suka tak? Rasa nak puji lagi tak?
p.s. jangan hanya harap pujian, berilah pujian bersesuaian keaadaan. 'Give and take'  gitu  ....
Senangnya menuai pahala diladang perkahwinan/keluarga kita. Memberi dan menerima seadanya ... kita tidak tahu berapa lama lagi mereka dipinjamkan kepada kita (vice versa). Hargailah masa bersama, semasa mereka ada (macam Mama, bila anak2 dah besar, kerja dan berkeluarga  ... memang terasa rindunya masa2 lalu. Mujur banyak kenangan/nostalgia yg dirakam bersama  ... bila buka album, ahh! those were the days  ...). Alhamdulillah!!

1 comment:

Anonymous said...

so sweet <3
semoga mama & ayoh bahagia bsama hingga ke syurga