Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

04 August 2014

29 Ramadhan .... kekal dlm memori selamanya

Hari buat ketupat  ... itulah yg dipanggil di sini bagi hari akhir puasa aka sehari sebelum raya. Ianya hari yg sibuk, terutamanya bagi kaum ibu. Nak sedia persiapan utk juadah pagi raya, juadah berbuka puasa special  sebab semua anak cucu jauh dan dekat berkumpul berbuka bersama, nak kemas rumah, laman  .... endless. Begitulah juga di Rumah Biasa2 ini  .... 
Tapi siapalah dapat menduga, bahawa Raya kali ini tidak seperti biasa  .... Jam 5.30 petang, sebaik Mama selesai tekan suis periuk nasi elektrik, Mama ke ruang tamu di mana suami dan anak-anak berkumpul, berceita itu dan ini, bila tiba2 suami dapat panggilan dari abangnya dikampung. KZ lelah dan akan bawanya ke hospital. Memandangkan jalan dah mula jem, suami menaiki motorsikal balik ke kampung. Rasanya  ... belum pun suami separuh perjalanan pulang (jarak dlm 10 km rumah kami - kg), dapat berita KZ sudah tiada!!! Kami semua macam tak percaya  ... kebingungan sekejap. Bila M, anak perempuan KZ sendiri call Mama, dlm tangisan maklumkan ibunya dah meninggal dunia dlm pangkuannya ... barulah sahih berita yg diterima. Innalillah hi wainna ilaihirojiunn  .....
Lalu bergegaslah kami semua pulang ke kampung. Nasi yg ditanak tak sempat masak  .... ayam, ikan yg dlm persiapan masak, disimpan semula  .... menu berbuka, beraya  .... sudah bukan keutamaannya. Juadah berbuka hari tu ... apa sahaja yg ada. Dah tak kisah itu semua  ....
Begitulah  ... janji Allah pasti. Siapalah dapat menduga waktu umat Islam bertakbir raya  ... kami dikampung menyeka air mata, bergilir membaca Yassin dan ayat2 suci Al - Qur'an .... melayan jiran tetangga, sanak saudara, jauh dan dekat yg tak henti dtg berziarahnya.
Sebaik selesai solat raya, jemaah bertandang ke rumah Mak. Bukan kerana kueh, biskut, juadah raya terhidang dimeja, bukan juga kerana mahu bermaaf-maafan, salam raya .... tapi besama2 solat jenazah KZ. Tak pernah selama usia Mama, menyambut Raya begini rupa  ... Jatuh juga air mata yg ingin disekat tatkala melihat Mak menitis air mata selepas cium jenazah anak perempuannya, tangisan hiba anak cucu saat jenazah dikapan,  diangkat untuk dibawa ke tempat persemadiannya. Ramai sungguh yg mengiringinya .... 
3 malam raya berikutnya diadakan majlis tahlil pula. Kami sepakat minta jiran sebelah rumah Mak, yg juga katerer, uruskan masakan utk majlis tahlil  ...
Begitulah aturan dari NYA. Pemergian KZ walaupun mengejutkan semua, ia juga mempertemukan kembali ramai sanak saudara yg sebelum ini jarang bertemu, terutama yg dah lanjut usia. Mereka gagahkan juga kudrat menziarahi jenazah KZ ... rata2 adalah teman, rakan karib KZ masa zaman kanak2, remaja, muda2 dulu.
Menyaksikan semua ini amat menginsafkan Mama  .... ajal maut bukan kita yg pilih, tentukannya. Rupanya KZ pada usia awal 70an, yg pulang semata2 untuk menjaga ibunya yg berusia 95 tahun, pergi terlebih dahulu dari Mak.
Al - Fatihah buat kakak ipar Mama, Wan Azizah binti Wan Nawang. Moga rohnya ditempatkan bersama-sama mereka yg soleh, diampunkan segala dosa-dosanya dan bersemadi dgn damai di sana. Amiinn ....

6 comments:

Al-Manar said...

AlFatihah for the departing members of our family.

A similarly tragic occasion disrupted my family not long ago when a phone call in the early morning of Hari Raya told us that my MIL had passed away in a kampong 550 km away. The two of us packed our begs and drove the distance only to witness the end of the burial.

Such is life. Our past tells us that we can expect the unexpected and all are as perfectly planned by HIM for reasons that we may never understand. Having reached my end of Autumn I enjoy and am conscious of His gifts and I try to be of service to others in gratitude to HIM. That is all I can do with the hope that when all the leaves have fallen I will go through Winter with ease to see a beautiful Spring.

Takziah to you and family.

Anonymous said...

Innalillah wainna ilaihirojiunn...AL-FATIHAH

-M-

muhaini said...

Thanks Pakcik. May I copy paste your beautiful and meaningful last paragraph to share with my friends? Wishing your family and Al Manar all the very best only.

muhaini said...

Terima kasih M, atas ucapan dan sudi singgah diblog Mama.

Anonymous said...

*passage of time* always give me inspiration (^_^)

-M-

Al-Manar said...

Puan Muhaini,

Yes of course. There is no copyright on all my works. I am sorry for this late response.