Betik2 no 1, 2, 3, 4, 5 .... masih gagah berdiri dan berbuah lebat lagi.
Jiran2 sekitar merasa hasilnya .... berulangkali.
Yang datang ke Rumah Biasa2, tak kira siapa ... tempias sekali (kalau ada rezeki betik masak ... pasti diberi)
Hari tu, kirim pada guru kelas Muaz sempena jamuan Hari Raya.
Gurunya sms, "Betik terbesar pernah saya lihat!" Haha ....
Pokok2 cili yg ditanam .... giat berbunga.
Ada yg dah keluar buahnya.
Ada warna jingga, hijau muda, hijau tua ... bila masaknya.
Kepedasan juga berbeza. Tapi yg kecik sekali, yg bila masak ... merah saga warnanya,
Huhu ... dialah juara, pedas betul bak pepatah lama,
"Kecik2 cili padi" ... memang benar, tak bohongnya. (^__-)
3 jenis limau yang ditanam; kasturi, purut, nipis; ... dah lama.
Macam terbantut jer tumbesarnya ...
Dok renek kat situlah mereka ... tak besar2 walau dah dibaja!
Dimanalah silapnya?? Tanah, cuaca, tempat??? Sabar ajelah Mama.
Dan yang paling Mama teruja ...
Pisang2 yang ditanam ... subur semua.
Pisang rastali, emas, lemak manis, pisang abu ... itu antaranya.
Sepohon setiap satu ... O.K.lah utk kali pertama.
Tengah dok cari anak pisang berangan dan pisang nangka ...
Kata orang, anai2 lari kalau tanam pisang ... betul ke?
Tak kisah .... janji berbuah elok belaka!
Yang lain2 tu ... pokok2 herba keperluan harian biasa.
Pokok 'Ajaib' yg kawan beri pun .... membesar dgn eloknya.
Pokok selasih dan sireh ....'so-and-so' bagi Mama.
Sepohon kelapa dah nampak rupa daunnya ...
Yg dua lagi pun membesar elok ... O.K. juga.
Hanya pokok besar2 cam rambutan, manggis, dokong, mangga ...
Dan yg seumpama ... tu aja yg masih tiada.
Memang nak tanam, tapi dok bertangguh sokmo.
Nak K.I.V. sampai bila ye?
Tak tanam sekarang, bilalah anak cucu nak merasa?
Keliling, laman rumah teduh, nyamannya ....
Projek tertunda yg kena disegerakan nampak gayanya.
A.S.A.P. .... itu yg pastinya.
p.s. ML ... mana lakaran lanskap laman @ kebunnya? Projek dah nak mula ni ....
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
19 August 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment