Hehe! Sebab hubby berkursus diKB, Isnin - Khamis!
Alang2 dah balik, tambah cuti Jumaat sehari ... seminggu maknanya hubby ada bersama kami!
Seronok! Mama, anak2, hubby ....
p.s. hanya sapa2 yg pernah terpaksa berpisah, 'weekend husband/wife', PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) saja tahu perasaan ini ....
Hubby macam nak balas dendam @rindu @nak manja ... nak makan ini dan ini. Nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu .... pulut inti!
Yang Mama pun .... masak macam2, itu dan ini, kesian kat suami ....
Sup tulang, siakap kukus, ikan singgang, ulam dan budu ... baru menu dua hari pertama balik ni.
Ye lah, kat sana, hari2 (pagi, ptg, malam) makan kat kedai. Pastu ... pak aji, sah selori tuangnya, kebersihan, tukang masak tu solat ke tidak, baca Basamllah masa nak masak ke .... macam2 fikir. Tapi apa lah pilihan yg ada kan! Pilih gerai dan tawakkal ajelah.
Muaz dan Amar manja2 dgn ajak Ayahnya bawa mereka ke kedai gunting rambut, kedai buku.
Dan yg paling mengada2 manja ... Si 6126 Mama. Tiba2 buat hal ...
Hubby pun bawanya jumpa doktor kereta ... tup tup, kena masuk wad pula dia. Banyak, seriuslah tu penyakitnya ....
Pun syukur. Pandai 6126 pilih waktu nak sakit ... waktu Ayahnya ada. Agaknya marah kat Mama yg hanya reti pandu aja .... kerah dia ke sini sana. Bab jaga, servis dia, tengok minyak hitam, brek, gear, power steering ... bukan retinya. Setakat bubuh minyak, angin kereta .... Muaz, Amar pun reti buatnya!
Petang karang hubby cakap siaplah, boleh gi ambik Si 6126. Huhu .... Khabarnya ke empat2 absorber??!! K.O., kena ganti.Brake pad pun! Pastu tu doktor kereta ada tanya, Mama gi terjunkan kete tu kat mana, sampai boleh patah besi tebal antara dua tayar (entah apa nama hubby cakapnya), itu antarnya sakit Si 6126 Mama .... (-___-')
(dlm hati: berapalah gamaknya hubby kena bayar kos sakit 6126 nanti!!! Baik Mama buat kek buah dan puding karamel kegemaran hubby hari ni ........)
1 comment:
<3
-M-
Post a Comment