Ayahnya bertolak ke KL dgn penerbangan pagi.
Dalam masa yg sama juga, Amar sibongsu ... selepas majlis persaraan Guru Besar sekolah dia, terus ke Kem PRS hingga Sabtu.
Lalu ...
Mama sudah membayangkan tinggal bersendirian, setelah sekian lama semenjak Ayahnya pencen.
Terasa tidak bersedia, 'really at this age'.
Dan membayangkan terpaksa membenarkan PYO dan BAMBAM bermalam didalam rumah menemani Mama buat pertama kali!!!
Allahu ...
Petang Rabu, doter WhatsApp 'otw', bertolak pulang dari Maran ke Rumah Biasa2.
Maknanya doter, menantu dan cucu2 lah yg menemani Mama hari Khamis dan hari ni.
(p. s. Menantu dapat cuti ... balik untuk sambut bonda dia yang pulang dari umrah hari ini. Malam ni mereka bermalam dirumah besan).
Tak apalah sebab petang ni, Jumaat, Ayahnya dah balik dari KL.
Begitulah perancangan DIA.
Allah Yg Maha Pemurah.
"Maka nikmat Tuhanmu yg manakah yg kamu dustakan?"
- (Surah ke 55 Ar-Rahman)
No comments:
Post a Comment