Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

09 March 2019

Bila tua, cepat rajuknya ...

Mudah benar terasa  ...
Terlalu sensitif  ...
Betul ka sinonim bila dah tua??
Cerita nya begini.
Semenjak episod Mama kena 'mild heart attack' dan Ayahnya pula dengan masalah prostat  ... kami cuba seboleh mungkin amal gaya hidup sihat.
Dan tugas Mama pastikan bekalan buah2an harian tidak putus ...
Suatu hari, usai kelas Al Qur'an, Mama singgah disebuah gerai buah2an.
Setelah beli nanas, ternampak limau madu  ... kesukaan Ayahnya.
Lalu Mama pun bertanyalah dengan anak muda yg menjaga gerai,
"Manis ka limau madu tu? Limau tempatan atau dari Siam*?"
*(oghe Kelate dah terbiasa sebut Siam utk Thailand)
Sambil pandang Mama, dengan suara agak tinggi dan serius dia kata,
"Beso make ko dok lima tu. Beso make ko dok!!?"
*(Biasa makan ke tak limau tu)
Terkejut dan terkedu Mama.
Terus tak jadi nak beli.
Terasa hati sangat dengan kekasaran bahasa dia.
Apa salahnya jawab apa yg ditanya. Tidak pun bagi rasa seulas dua sebagai promosi.
Mama terus kata, "Tak apa lah ...."
Cepat2 ambil bungkusan nanas yg dah dibeli dan keluar.
Ruginya dia. Gerai strategik doh tempatnya. Buah2an pun pelbagai jenis ada - tempatan, import, jeruk dan kering.
Yg kurang ... cara layan pembeli!!
Lepas hari tu, setiap kali lalu depan gerai tu, Mama akan ingat kembali peristiwa hari tu.
Serik!!
Geram!!
Ikut nafsu .... nak viral jerr.
Tapi hati kata ... biar lah.
Mungkin dia 'bad mood' hari tu. Husnuzon  ...
Makcik tua ini masih waras. Hihi ...

p.s. ... and don't think Mama will be frequenting his stall again in near future.

Nota untuk orang muda;
Ingat lah  ... jika umur panjang, kamu juga akan tua. Layanlah kami sebagaimana kamu mahu dilayan kelak nanti. Tidak pun, bayangkan ibu ayah kamu ditempat kami. Bagaimana kamu mahu mereka dilayan, begitulah kamu sepatutnya melayan ibu bapa orang lain juga.



No comments: