Senarai keperluan Amar bagi perkemahan unit beruniform sekolah dia minggu lepas ...
Sebelum perkhemahan ... punyalah teruja dan 'looking foward' kerana ini pengalaman pertama kali dia bermalam dalam khemah, dengan rakan2 ... ditanah lapang, jauh dari keluarga.
(p.s. Mama yg lebihnya .... sedia itu ini, pesan itu ini, risau kalau begitu, begini .... )
Selepas perkhemahan ... hitam legam muka dan lengan, demam terus keesokan harinya (sun stroke agaknya .... topi yg dibekal, tak pakai pun kata dia ....). Malam kedua katanya tidur didewan sekolah semua .... sebab sorang budak lelaki histeria setelah balik dari tandas lps isyak (dia gi sorang2 walau cikgu dah pesan ... pergi ramai2) dan ramai nampak 'pocong' duk bergolek cam tidur atas padang dekat khemah mereka malam dekat waktu tidurnya ... (nak join sama gamaknya, huhu).
Ini rumusan Amar tentang perkhemahan pertama dia;
- Tak seronok tidur dalam khemah .... ramai sangat + sesak + rimas dan panas!! Mujur malam kedua tidur dlm dewan .... selesa + ada kipas pula.
- Makanan ok, guru yg masaknya .... murid tolong kupas bawang, kacau jer.
- Pertandingan dan persembahan malam akhir ... 'best!!' Dikir barat paling Adik suka.
- 'OVerall' ... ok la.
Dan ini pula .... antara sebahagian persediaan isi rumah Rumah Biasa2 nak sambut kedatanga Ramdhan yg mulia dan barakah. Sekiranya ada salah silap, terkasar bahasa .... maafkan Mama ya. Semoga kita sama2 dapat meraih keutamaan Ramadhan kali ini. Moga kali ini kita berjaya melepasinya dan meraih sebanyak mungkin ganjaran dan pahala yg dijanjikan oleh Allah SWT. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment