Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

16 June 2014

AMAR ... Adik pun

Mama sedang memberitahu doter dan menantu  .... antara petanda perkahwinan itu ok ialah bila kita rasa gembira dan tak sabar  nak pulang ke rumah setiap hari lepas kerja. Kita tak rasa stress, malas, terpaksa .... tapi 'looking foward' bersama keluarga.
Doter dan menantu angguk2 ... 'tangkap' mesej yg cuba Mama sampaikan. Muaz pula mengiyakan dgn mengatakan memang dia rasa tak sabar nak balik rumah setiap hari lepas sekolah. Teruja nak makan apa yg Mama masak hari ni  ....
Dan Sibongsu Amar tak mahu ketinggalan  ....
"Adik pun  ....!!! Rasa nak balik cepat2 ..."
Sementara semua ketawa, Amar muncung panjang bila Ayahnya kata,
"Takyah sekolah lagi sedap kan Amar??!!"
Tapi cepat2 Ayahnya menambah lagi,
"Ayah dulu pun sama juga .... masa umur Adik"
Baru Amar senyum  .... bahawa Ayah pun sama geng dia.
Dan mulalah Ayahnya bercerita zaman dia kecik2 dulu  ....
Muaz ... 'whatever', mula dah 'suatu masa dahulu ....' tapi pasang telinga juga, tak berganjak ke mana2  ... haha
Amar  .... suka sangat dia dengar cerita2 lama. Cerita zaman dulu katanya. Ayahnya lagilah teruja  .... bla bla bla  ....
*** Cherish the moments dear (^__^)

1 comment:

Unknown said...

rindunya nak dengar cerita 'once upon a time.....' mama and ayoh (^_^)