Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

17 June 2014

Kebun Biasa2 bila nak jadi Kebun Luarbiasa ... huhu

Bila lihat taman dan laman rakan sekolah dan  blogger Hani (Aku kah  Itu?)   .... wah! memang irihati sungguh. Jeles sungguh  .... bilalah dapat pergi melawat, santai2 dengan dia sambil hirup kopi o beng + sekali sekala cicah biskut pingpong sambil tanya khabar dan nostalgia cerita lama  .... sambil cungkil petua2 berkebun darinya. Hihi! Hmmm! puasa dekat dah. Tak sempat gamaknya  ...
(p.s. Hani, anak balsam banyak tumbuh ni  ... hendak cakap le. Sifu Cikgu Dah mesti marah ni  ... sebab pokok durian belanda yg dia beri hari tu tak tanam2 lagi ... huhu)

Bila lihat laman Mama  .... huhu, baru perasan .. cam gurun sahara.Takder pokok2 hiasan, maupun bunga2an  .... asyik dok sibuk laman belakang  ... betik, pisang, serai, kunyit. Herba semuanya  ...
Dan yg terkini  .... pokok kari (beli kat pasar minggu),  selasih (kakak ipar yg beri) dan sireh (kidnap kat rumah sewa doter  ... tp dah minta izin awal2 dari tuan rumahnya).

Bunga yg ada  ... bunga kertas dlm pasu yg beli kat Kepala Batas dulu (yg dok setara tu, hidup segan mati tak mau), pokok aloe vera yg jiran diIpoh, Manjit beri (yg ni subur sekali, dah beranak pinak, biak sana sini), kaktus Cameron Highlands,  bunga kamunting cina dan keembong (balsam). Yg paling senang tumbuh belaka  ... huhu.

Mak Mama yg dah lepasi 7 siri pun masih giat tanam itu ini. Hobi dia dari muda lagi  ... macam2 pokok bunga dan herba ditanamnya. Cili saja, macam2 kaler  .... lawanya. Kalau ke mana2, pasti bawak balik bunga sepasu dua, batang pokok entah apa, biji benih penuh begtangan dia  ... Idak menurun pada anak dia yg ni nampak gayanya. Setakat nak laman gitu gini, kalau tak usaha ... mana jadinya. Tahu! Mahu! ..... dok tapi, tapi, ...
Kebun Biasa2 konon!! ... tak layak panggil kebun pun!

p.s. N3 marah kat diri sendiri  ...

2 comments:

Granny Hani said...

Wei wei wei....kita pun baru belajar gaden2 ni...Muni, singgah lh bila2 masa pun, kita share cerita k...marin sifu Dah singgah bawa petua2..hehehe, tua2 ni kita pakat berkebun dehhh.....

muhaini said...

Saya lagilah budak baru belajar, malas pulak tu. Hihi .. Berkebun 1 jam, sakit seluruh badan 1 hari. Huhu ... Really like your garden :-)