Sebulan tak bersiaran ... WOW!!
Adalah macam2 kerja dan hal yg disibukkan dan buat sibuk ...
Gini ceritanya:
Sibuk - sebagai ajk persatuan Hawa taman perumahan kami. Sibuk dgn urusan Hari Keluarga taman ini yg diadakan pada 6/4 lalu. Lelah weh dengan kudrat umur 6 siri ni. Tapi bila hari tersebut mendapat sambutan (40+ keluarga hadir), berjalan dengan lancar, meriah, menepati waktu, riuh rendah sorak, gelak ketawa peserta dan penyokong pada setiap acara2 sukaneka yg dirancang ... rasa berbaloi segala penat lelah kami tu. Yg paling best, semua (besar kecil, tua muda, lelaki Wanita) bersama2 bersihkan kawasan sebelum bersurai. Alhamdulillah ...
Sibuk - jamuan dan baca Yassin rumah Mama untuk Hawa taman kami 19/4 lepas. Alhamdulillah ramai yg hadir, bawa kuih muih lagi. Dapat lah lebih saling kenal mengenali dan eratkan ukhuwah sesama sendiri serta sedikit tazkirah cara pengisian Ramadhan yg dinanti2 ...
Sibuk - kelas jahitan dan mengaji, hampir setiap hari. Ahad jer free ... free aktiviti, sibuk cuci2, kemas itu ini dlm negeri Rumah Biasa2 pula. Hihi ...
Sibuk - bila tak sibuk, sakit situ sini. Mama lah. Silap makan sikit... cerah masa depan. Lemah lenguh seluruh badan. Bila surirumah MC, banyak lah urusan dlm negeri tak berfungsi. Bila sihat ... sibuk lah dgn tugas2 tertunda/tergendala ... apa lagi.
Sibuk - 1/5 ni program Jom Jalan Hawa taman ni. Sibuk lagi ... test laluan, Hawa nak baju muslimah seragam ... poning mengurus tempahan 50+ hawa dlm pelbagai saiz. Bila nak banyak ... banyak songeh la pulak urusan tempahan ni. Pun Alhamdulillah dah selesai. Dah dpt pun baju yg ditempah. Syukur + lelah kakloh.
Sibuk - ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) tiba2 nak dating pulak 2/5 ni. Hadoiii .. !!! Ni dok kelamkabut kemaskini akaun persatuan kami lah ni. Sapa suruh sanggup jadi Bendahari ... kriikk kriikk
Dek nak termuntah dan berpinar2 mata tengok angka2, tu yang jenguk blog yg dah bersawang ni. Rehat minda, luah segala ... lega!!!
p. s. tebeng (kelate = cubalah) luah kat kekanda, kena 'fire' balik adalah.
"Sapa suruh sibuk!!... "
- Sibuk berfaedah takpa kan? (ayat sedapkan hati sendiri ... huhu)
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
No comments:
Post a Comment