Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

08 February 2018

Susahnya nak beli berus gigi ...

Tajuk yg tak relevan bagi orang lain ...
Tapi nak cerita jugak bagaimana hanya nak beli berus gigi, Mama terpaksa 'browse' satu seksyen khas untuk pelbagai jenama, jenis, warna, kegunaan dan pakej yg entah apa2 bagi warga senja macam Mama ni ... Rasanya tahun lepas tak la sebanyak sekarang pilihan2nya.
"Hello!!! I just want to buy a toothbrush loo ... why so many choices maa!!! Aiyoyoo! Manyak confusing and depressing laa gini ..."
Itulah Mama petang tu ... stok berus gigi yg dibeli tahun lepas dah kehabisan. Lalu 'a simple trip' yg sepatutnya ambik masa 10 minit dah jadi hampir 30 minit ... itu dok memilih saja. Pegang, telek, letak ... pegang, telek, letak ... gitulah. Gamaknya orang yg tengok pun 'hairan bin ajaib'... huhu!!
(p.s. kes nya jenama dan jenis yg biasa Mama guna tidak kelihatan ... tu yg konfius sangat.)
Masuk kereta, Ayahnya terus tanya kenapa lama sangat. Kan beli berus gigi jer ....
Kecik besar kecik besar jer Mama tengok Ayahnya ... hahaha. Lain kali nak suruh dia yg beli ... tengok macamana!
Itulah al kisahnya ....
* Opps!! Terlupa ubat gigi pulak ...........


No comments: