Hati berbunga2 dah ... nak jumpa cucu!! Agenda sebenarnya hantar Mr. Cool (#5) ke Uitm, Jengka ... minggu depan semester baru bermula.
Pun dalam masa yg sama, asyik dok teringat dan fikir pasal cucu anak #4 Mama. Sekarang ni dah jadi PJJ anak menantu semenjak anak #4 mula bertugas diManjung. Isteri dan anak ke 2 mereka di KL. Manakala dia dan anak sulung di Ipoh (duduk dgn mertua sementara dpt rumah sewa diManjung kerana anak bekerja bahagian operasi, perlu 'standby' 24 jam) ...
*Teringat waktu Mama dan Ayahnya dulu. Pernah sekali, Ayahnya di KT, Mama yg mengandung dgn anak #3 di KL ... manakala anak #1 dan #2 dikampung, Kelate dgn atuk dan nenek mereka. Bayangkan dari awal mengandung hingga bersalin kami PJJ 3 penjuru ... seksanya menanggung rindu ... cuti hujung minggu pulak tak sama. Masih ingat bagaimana dlm sarat mengandung terpaksa menaiki bas yg sentiasa penuh. Banyak berdiri dari duduk dari awal naiki bas hingga turun. Tak ramai yg simpati dgn Mak Buyong ... huhu. Lagi siksa jika terpaksa naiki Bas Mini ... itulah.
Panjang pulak nostalgianya ...
Apapun moga mereka sabar dan tabah. Menantu yg bekerja diPutrajaya dah pun hantar notis berhenti kerja, demi keluarga. Satu pengorbanan yg besar disudut material dizaman ini. Moga Allah murahkan rezeki mereka sekeluarga. Aamiinn ....
Lepas ni keraplah kami berulang ke sana juga pula. Maran - KL - Manjung ... Demi cucu ... Atok dan Nenek rela, sementara kesihatan kami mengizinkan. InsyaAllah ...
Nota:
Jika ada yg bertanya,
"Berapa orang dah cucu demo?"
Dengan bangga Mama akan jawab,
"6 ... sepasang @ dari anak #1, #3 dan #4. Anak #2 meninggal thn 2009 pd usia 25 thn (Al Fatihah) dan anak #5, #6 masih belajar."
Walaupun cucu #1 dan #2 anak tiri anak sulung Mama dari perkahwinan keduanya ... tiada beza. Tetap rindu ... gembira bila jumpa.
Satu yg pasti ... Mama ni bila jumpa cucu;
- gembira tak terperi
- buahtangan cenderahati ... pasti
- masa berlalu terasa cepat sekali
- kalau boleh mahu masa berhenti
- bila nak balik, nak berpisah peritnya hati
- bila cucu menangis, berpaut dikaki
- pujuk nanti nenek datang lagi dah tak jadi
- pautan makin kuat, tangisan menjadi2
- nenek pun apa lagi
- empangan pecah, tak terkawal diri
- dlm kereta pun masih dok sok sek sok sek lagi ...
Itulah .... drama setiap kali ziarahi cucu.
No comments:
Post a Comment