Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

16 July 2019

Jangan tiru ....

Ada ke kat luar sana seperti Mama??!
Rajin basuh kain baju, tapi bab melipatnya selepas angkat ... Ya Ampun!! Malas sangat.
Bila semua bakul2 yg ada dah penuh/melimpah ruah ... dah tak ada bakul kosong lagi nak isi kain baju yg perlu diangkat, baru paksa diri lipatnya. Itupun lipat mana yg perlu jer dulu  ... 🤦‍♀️🤦‍♀️🤭
(p. s. Heran!! Mana datang kain2 yg perlu dibasuh walhal hampir setiap hari basuh kain baju??! Duduk bertiga jerr pun 😅😅)
Dan dalam sebulan tu, boleh bilang dgn jari hari2 kain2 yg diangkat dilipat hari yg sama.
Tu laa ... Ada tengok dlm fb mesin lipat kain. Mau ribu raban reganya.
Pun kita juga yg kena 'feed' sehelai, sehelai kain baju utk 'dia' lipat. Pastu kita juga kena ambil dan simpan dlm gerobok kainnya. Mama rasa tak ekonomi dan praktikal. Lagi lambat ada. Entah kain pelikat/sarung 'friendly' ... sbb tgk 'demo' dgn t-shirts/kemeja jerr.
Hadoiii!! Dah merapu dah ni.
Inilah bila lama tak menulis, macam2 cerita nak 'updates' ... terus dapat 'writer's block' (alasan) . Akhir2nya ini jer modal utk hari ni.
Better sign-out ... Haha!!
InsyaAllah harap dapat lebih kerap bercerita selepas ni.

Nota:
Kerja2 rumah lain Mama tak ada masaalah. Kalu memasak, terus basuh segala peralatan, periuk belanga sebaik selesai. Anak2 dah 'train' basuh pinggan cawan sudu sendiri selepas guna. Tinggal nak basuh yg Mama dan Ayahnya saja (ladang pahala Mama ☺️!)



No comments: