Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

10 February 2019

Cuti tapi tak cuti ...

Itulah Mama cuti seminggu Raya Cina baru2 ni.
Ingat nak pergi bercuti sebab anak menantu cucu tak balik  ...
Namun 1 - 6 Mac terisi dengan jemputan kenduri, aqiqah, tahlil, majlis baca Yassin sedara mara, jiran dan sahabat handai yg tak sanggup dihampakan.
Dalam masa yg sama, adik bongsu pulak dimasukkan ke wad selama 3 hari kerana masaalah jantung. Maka Mak tinggal diRumah Biasa2 kami ...
Mak perlu pengawasan penuh kerana sudah nyanyuk. Pun badan masih sihat  ... maka jika alpa, Mak akan 'pergi bersiar2' tak kira masa. Yg risau takut Mak tersesat ... maklum lah taman perumahan kami ni ada sembilan lorong utama yg mengelirukan bagi orang luar jika ingin ke sini  ... (pun kemudahan 'waze' dan aplikasi yg seumpama memudahkan segala). Tapi Mak mana tahu semua tu  ... pernah Mama alpa didapur, tengok Mak dah tiada di atas rumah dan sekitar rumah. Mujur suami yg baru balik dari solat zohor terserempak Mak mundar mandir sorang2 tengahari buta. Terus ajak balik. Mama dah panik dah!! Itulah.
Mak tak suka berlama2 dalam rumah. Lemas  ... 'boring'!. Suka duduk diluar, diberanda. Berangin katanya ... Itu yg kena 'keep an eye on her' sokmo. Buat kerja pun kejap2 jenguk tengok Mak ada tak diberanda.
Hari Ahad adik dibenarkan pulang, hari Isnin bapa saudara yg berusia 85 tahun pula dimasukkan ke hospital di Jertih kerana tak sedarkan diri tiba2 sehari sebelum raya cina. Mujur anak cucu balik bercuti belaka, dapatlah bergilir2 jaga Pak Do sementara 'warded'.
Dan pada hari Pak Do 'discharged' , dapat berita mak mertua sepupu (besan Pak Do) meninggal kerana sakit tua.
Jumaat dan Sabtu pula terisi dgn majlis jiran2 terdekat ...
Begitulah aktiviti cuti raya cina/sekolah seminggu kami. Ada saja agenda.
Hari ni dah balik kepada rutin biasa. Tapi entah mengapa terasa kosong, penat dan 'boring' jer ...
Terasa ingin rehat ke mana2.
Mungkinkah sebab tengok ramai kawan2 seusia pergi bercuti sini sana berdua!!
Jeles?? Tak lah ...
Cuma rasa ...
Kadang2 begitulah kita  ...
Baik luahkah dari dipendam ...
Get it out of your system ... least it rot and wears you out!!!
Don't worry  ... Mama ok jerr ☺️😉

p.s. 2x isi minyak kereta distesyen minyak Petronas dekat rumah kami, 2x dapat pak 'Coffee Break' ni .... Tempias musim cuti .... rezeki. Alhamdulillah 😁




No comments: