Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

10 January 2019

Tahun baru ... Anak Kerapu.

Tahun baru ... dah tak ada azam baru.
Tak perlu ... sekarang cuma ingin hari ini lebih baik dari semalam.
Tapi tahun hijrah baru2 ni ada berazam  ... berhijrah ke arah yg lebih baik. Insya Allah dah capai sedikit yg dirancang. Moga istiqomah. Aamiin!!

Tahun baru ... henpon baru. Yg lama tu kalau nak baiki, 'mahal tali drpd lembu' ... kena tunggu, tu pun ok ke idoknya belum tentu. Lalu beli yg baru, ... cuma ambil masa pulak la nak guna dan bersuaikenal dgn segala aplikasinya. Ni posting pertama gunanya ... asyik 'gohead n gostand' (ke depan ke belakang) la berkali2 nak betulkan ejaan dan yg berkenaan dgn ya 😒. Letih mata, jari dan minda. Gigihkan juga. Dah se jam rasanya. Huhu!!

Tahun baru ... dapat ilmu baru. Bila berjalan, rajin2 nikmati persekitaran kita. Ambil masa lihat sekeliling dan bertanya, banyak manafaatnya.
Kisahnya:
Semalam, Rabu  ... Mama dan Ayahnya 'berdating' pekena nasi dagang Terengganu di Restoren K. Ju Nasi Dagang, Tok Bali. Lama tak makan di sini, berselera dan bertambah pula hari ni. Nasi putih dan lauk pauk lain pun ada juga.
Lepas sarapan kami bersiar2 di pekan Kuala Besut. Sunyi kerana musim tengkujuh belum habis. Jika tidak sibuk dengan pelancung2 dalam dan luar negara yg ingin ke Pulau Perhentian atau Redang.
Sambil menikmati keindahan pantai, mata tertumpu pada aktiviti tepi pantai. 'Curious' sebab keadaan laut masih bergelora tapi ramai sedang buat sesuatu di dalamnya. Mama mendekati dan bertanya. Rupa2nya nelayan sekitar; secara berkumpulan; sedang menangkap anak ikan kerapu. Sumber pendapatan mereka musim ini kerana masih tak dapat turun ke laut lagi.
Anak2 kerapu ini akan dijual kepada penternak kerapu tempatan pada harga sekitar 50 sen se ekor. Purata pendapatan sekitar RM1, 000  dan boleh mencecah RM10, 000 semusim.

p. s. Mama dimaklumkan pada bulan November dan Disember aktiviti ini tidak dibenarkan di bawah Akta Perikanan, bagi melindungi kelangsungan ikan kerapu diperairan Malaysia dan elak benih dijual ke luar negara.

Laut masih bergelora.
Bukan mandi pantai tp menuai anak kerapu.

Menuai anak kerapu. Ranting2 kayu digoyang2 dalam bekas khas warna biru
spt gambar di bawah.

Hasil tuaian diserah utk diasingkan
anak kerapu dari anak ikan lain

Anak ikan kerapu

Ranting kayu diikat dan direndam dlm
air laut utk perangkap anak2 kerapu yg
berlindung/bermain di celah2 ranting. 

Nota: Induk kerapu akan melepaskan telur pada musim tengkujuh dan anak2 kerapu akan turun ke pantai untuk membesar.

Begitulah hukum alam yg diciptakan Allah snw. Sumber rezeki ada di mana2 setiap masa dan keadaan. Kitalah yg perlu memerhati dan belajar untuk memanafaatkanya tanpa meninggalkan mudharat demi anak cucu kita nanti juga.

No comments: