Masuk musim hujan dah kita.
Nak masak apa ya??
Gulai lemak keladi dan udang pemberian anak sedara suami masih ada ...
Kari ikan bawal tanpa santan semalam masih bersisa ...
Hangatkan saja jawabnya!
Cuma tambah ikan goreng ... cukup dah buat kami bertiga.
Bihun utk makan malam dah direndam.
Isi ayam yg dah dipotong kecik dah dikeluarkan ... nyah beku hujan2 ni makan masa.
Cuma perlu blender bawang lada dan potong sayur aje sebelum proses goreng atau buat sup ... belum putuskan lagi cara masaknya.
Nak tanya warga Rumah Biasa2 dulu ... seperti biasa.
Well!! Itulah cerita hari ni dari Mama ... setelah sekian lama 'berehat' (entah sibuk ke apa ... banyak tak ada 'idea/mood' sebenarnya)
Mr. Cool nak balik Jumaat ni ... seminggu 'break' katanya.
Bunga2 dah hati Mama ... 😊
Till then ... moga hari ini baik2 saja.
Wassallam ...
No comments:
Post a Comment