Jumaat ... malang tak berbau. Setelah sessi beli belah baju melayu raya Amar (dan Mama 'terkenan' dan 'terbeli' sehelai jubah jugak walaupun tiada dlm senarai ...😅) serta barang2 keperluan dapur ... semasa memandu keluar dari pasaraya ke jalan utama, Mama telah tersilap dan 'termakan' sisi jalan sebelah kiri. Akibatnya ... bunyi geseran dan gegaran yg agak kuat dan menakutkan!! Terus berhentikan kereta dan minta Amar turun dan lihat ... dlm hati dok fikir habislah badan kereta!! Amar cakap calar sikit aja ... Lega!! Terus pandu balik dengan senang hati.
Sampai aje diRumah Biasa2 kami, turun dan lihat sendiri, sebab bunyi geseran dan gegaran tadi memang kuat dan mengerikan bagi Mama. Macam tak percaya hanya calar sikit aje!!
Dan inilah kejutan yg menanti Mama ....
😨😱
Mujur (buah mujur lagi ... 😷) Mama tak pandu laju2 tadi. Patutlah kereta belakang asyik dok bagi 'sportlight' jer!! Huhu ...
Terus panggil Ayahnya turun dan lihat. Panjang lebar jugaklah Mama kena soal siasat ... sebab teruk sangat sampai pancit dan 'total loss' tayar tu.
p.s. mujur (mujur lagi ... 😷) kereta Mama sendiri. Kalau kereta boss ... ya ampunn!!
Keesokan harinya, suami pergi tukar tayar. Sebelum pergi dia cakap kena potong elaun bulan depan sebab adalah dalam RM200 - 300 rega sebiji tayar. Mama pun percaya lah 100%. Sedih tapi akur elaun dipotong. Dah salah sendiri ...
Dan hanya sebelah petangnya baru suami cakap rega tayar yg ditukar sebenarnya cuma RM40 jer. Tayar 'second hand'. Rezeki Mama sebab tayar jenis tu dah tiada dlm pengeluaran dan stok kedai. Tiba2 ada seorang hamba Allah datang nak 'trade in' murah2 sebiji tayar 'spare' jenis tu kerana nak seragamkan dgn yg lain. Alhamdulillah!!
Pun Ayahnya bebel ... patutla kaum wanita kena tipu kalau bab servis, baiki, tukar tayar kereta mereka ni. Tak tahu apa2 lansung!! Percaya bulat2 apa yg dikata ...
Eh!! Itu kan kerja lelaki!! Kalau Mama tanya dia bab apa dan rega bahan2 untuk masak2 pun tentu dia tak tahu apa2 jugak. 100% percaya bila Mama minta duit belanja berapa, tiap kali pergi kedai. Kan!!
Itulah ....
Nampak gaya kena keluar dari lingkungan men'stereotype'kan kerja lelaki vs wanita zaman sekarang ... pun kita juga saling memerlukan satu sama lain. Mudahnya, kenalah saling bantu membantu ... 'gives and takes' ... belajar!!!
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
No comments:
Post a Comment