Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

25 April 2018

Pemergian ....

9 April ... 2 pagi terima panggilan dari besan anak #3, suaminya meninggal dunia. Terkedu kami seketika ... walhal petang semalam segalanya positif. Bila doktor maklum 2, 3 hari lg boleh pindah dari ICU ke wad biasa. Anak cucu yg balik pada hari ayah mereka dimasukkan ke ICU HRPZ II pada 4 April, pulang semula ke tempat masing2 dengan hati lega ... sudah berbincang dan berkira2 antara adok beradik lelaki ... giliran cuti, balik kampung jaga dan urus ayah dan ibu. Masih belum habis letih kata orang ... lalu dlm kesedijan yg amat, memandu ... bergegas pulang semula ke kampung. (Mama di sini tak lekang doa agar mereka kuat dan selamat sampai). Alhamdulillah semua selamat sampai pagi keesokan harinya. Sempat urus mandikan, kapankan, solat, pikul keranda dan urus pengkebumian ayah dari awal hingga akhir. Mama sendiri berjujuran air mata melihat kesedihan mereka anak beranak. Semua orang terkejut, macam tak percaya ... kerana arwah pada usia 65 tahun seorang yg sihat, tiada penyakit yg sinonim dgn usia tua, amal gaya hidup sihat dan tidak merokok. Seorang yg baik, peramah, suka menolong dan tidak boleh duduk diam. Urusan rumahtangga dari membasuh pakaian, kemas rumah dan kawasan sekitar, beli keperluan harian, urusan kewangan ... semua dia uruskan. Isterinya hanya perlu masak dan uruskan anak2 sahaja dari mula2 kahwin hingga ke akhir hayatnya. Itu yg diceritakan isteri dia ... hinggakan urusan ambil duit dari atm isteri pun dia urus. Walaupun isteri dia bekerja sebelum ini. Begitulah arwah ... menyebabkan isteri arwah ibarat layang2 putus tali. Mereka hanya berdua kerana anak2 semua sudah bekerja dan tinggal jauh belaka. Mujurlah satu2nya anak perempuan mereka tinggal berdekatan ... sekarang ni dialah temankan ibunya.
Moga semua dipermudahlan dan besan Mama redha dan kuat dengan dugaan ini. Moga Allah ampunkan dosa2 arwah dan tempatkan rohnya dikalangan orang2 beriman. Aamiin ....

Nota **: Memang arwah amal hidup sihat. Mengikut isterinya, arwah tidak gemar air manis, hanya air suam ... kecuali dirumah orang. Amal tiada makanan berat selepas 5 petang. Walaupun arwah tidak merokok, kemungkinan berada sekitar kawan2 yg merokok dan 'habit' arwah suka membakar sampah setiap hari antara penyebab kanser paru2 arwah. Doktor maklum kanser yg serang arwah adalah yg jenis ganas kerana cepat benar serangannya.
Kronologi:
Awal Mac - arwah batuk2.
18 Mac - arwah ke hospital (atas gesaan anak #3) utk ujian TB. 'Warded' 2 malam. Keputusan ujian TB ... negatif tapi keputusan x-ray mencurigakan.
25 Mac - 'warded' HRPZ II utk ujian paru2. Keputusan 15 April nanti.
1 April - menantu arwah (doktor di HRPZ II) maklum pd anak2 arwah ... sah kanser paru2. Cuma tahap berapa belum tahu ... (arwah dan isteri tidak dimaklumkan lagi ... biar doktor sendiri yg beritahu pd 15 April nanti)
4 April - petang, arwah sesak nafas. Terus hantar ke HRPZ II dan dimasukkan ke ICU.
9 April, 1. 40 pagi - arwah disahkan meninggal dunia kerana kanser paru2 tahap 3.
Al - Fatihah buat Allahyarham Mohamad Noor bin Hassan (28/04/1952 - 09/04/2018)
Semoga yg ditinggalkan kuat dan redha ... terutamanya Kak Sah (besan Mama).

No comments: