Selama senyap dari ber'blogging' kurang lebih sebulan tu .... banyak benda yg terbiar di Rumah Biasa2 kami.
Yang ketara sekali ... Kebun Biasa2 kami. 'Total neglect'!!! Dah macam mini safari pulak .... pokok2 cili Mama nampak separuh, yg atas jer. Nak kutip cili2 pun takut ... takut pacat, u-l-a-r .... eeeiii!!!!
Tengok dari jauh jer ... siram pun dari jauh, setakat sampai air yg dipancut tu .... huhu. Sejak kes Si Tamtam bermain2 dgn ular selar (sbb Ayahnya cakap masa dia pergi halau, kepala dia kembang cam cobra ... nasib baik tak cederakan Tamtam yg kejap kuis, kejap undur ... besarlah juga ular tu. Dah lari ke dalam semak tanah sebelah. Tapi Mama dah fobia ...)
Bunga2 jepun yg pelbagai rupa dan warna yg kawan Mama beri tu .... pun terbiar ... hajat nak pindah-biak ke pasu2 (yg dah lama beli) tak jadi2 ... pun hati terhibur lihat bunga2 yg ada berkembang setiap pukul 10 pg. Terapi hati (^__^)
Bunga2 lain juga terbiar .... rumput dah merajai kawasan mereka. Sabarlah bunga2 .... nanti Mama 'free' ya!
p.s. risau juga, kalau Ayahnya tiba2 rajin nak merumput 'kawasan Mama' ( kawasan bentuk 'L' tepi , kiri hingga ke belakang rumah ) .... banyak kali dah kes dia cabut, tebas pokok2 herba dan bunga yg Mama semai, tanam. Alasan dia ... dah serupa rumput rumpai jer. Mama pun entah berapa kali 'perang dingin' akibat nya ... hihi. Yg terbaharu, sebelum raya korban .... dia operasi diam2, tak mau Mama 'supervise' kalau dia masuk kawasan Mama. Dan ... habis pokok kunyit yg Mama dok angan2 nak guna buat rendang daging raya korban nanti. Bila tanya ... mati2 dia kata tak ada pun pokok kunyit kat situ ... walhal Mama yg tanam, takkan tiba2 hilang gitu ... pagi tadi masih di situ ... pun Ayahnya masih berkeras. Dia yakin tiada pokok kunyit pun di situ!! Yg lucunya, petang tu dia beriya2 ajak Mama ke belakang rumah, tunjuk, "Tu pokok kunyit. Ada kat situ ...." sambil sengih cam budak darjah 1. Memang ada pun, masih berbekas cam baru tanam, dah layu .... beralih tempat pulak tu. Siap kata Mama silap lihat pagi tadi ... Geram sungguh!!! Doter cakap ... nampak Ayahnya cari benda dlm timbunan rumput rampai yg dia cabut dan kumpul depan rumah sekejap tadi. Hahaha ... kesian pulak. Garang sangat ke Mama ni??!!!
Wah! Terpanjang pulak kisah p.s. kali ni ... hehe
Nampaknya kisah kucing2 Rumah Biasa2 yg terbiar kena cerita lain kali ... tunggu episod - Terbiar 3.
Bersambung .......
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
07 October 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment