Masih terbayang nasi goreng tu ....
Nasi goreng biasa2 ... yg dipesan Muaz (tika itu berusia 9 tahun)
Di sebuah restoren di Batu Melintang, Jeli ...
Ketika itu kami dalam rombongan 2 buah kereta, mahu kembali ke Ipoh .... selepas raya kalau tak silap.
Batu Melintang ni ibarat 'pittstops' sebelum memasuki hutan Lebuhraya Timur-Barat.
Berhenti rehat dan beli 'snacks' buat bekalan atas kereta nanti ... biasalah bila ada anak-anak bersama.
Tiba2 Muaz mengadu lapar ... nak makan nasi goreng!
Hanya Muaz yg nak makannya ... yg lain cuma pesan minuman.
Bila nasi goreng sampai ... nak jadi cerita, masing2 ingin cuba ... sebab sedap sangat baunya, nampak pun sedap!!
.... lalu berpusinglah nasi goreng itu keliling meja bulat ... mula2 Muaz, lepas tu Ayahnya, Mama, K. Cik, M. Lang mereka, Angoh, Anas, Abe dan balik pada Muaz semula ... setiap orang rasa sesuap .... sedap!!!
Dan dari sesuap ... berpusing lagi jadi dua suap .... tiga suap ... Bergilir2 hingga habis... Licin sepinggan ... sebiji pun tak tinggal. Sayur, bawang goreng, telur .... sapu bersih!!! Hahaha ....
p.s. kami perasan tuan kedai dan pekerjanya asyik pandang kami (masa tu kami je pelanggan mereka ....) Mungkin mengharap kami tambah pesanan lagi ... mungkin fikir kami kedekut ... takder duit .... entahlah .... hihi
Kami sendiri pun sambil makan sambil ketawa pada diri sendiri juga waktu tu ...
Memang dok dilema, nak pesan ke tidak sepinggan dua lagi. Sebab rasa macam tak cukup jer ... sedap sangat nasi goreng tu ... hahaha
Udahnya ... tak tambah pesanan ... memikir kena tunggu lama ... jauh lagi perjalanannya ... hihi
Tapi yang pasti .... itulah nasi goreng yg paling sedap pernah kami rasa dan makan. Mungkin sebab se pinggan kongsi ramai2 ... makan bersama ... jadi seronok. Rasa mesra sangat!!!
Betullah sabda Rasulullah S.A.W. berhubung makan beramai2 dalam satu bekas (eg talam):
"Makanan untuk seorang mencukupi 2 orang, dan makanan untuk 2 orang mencukupi untuk 4 orang, demikian pula makanan untuk 4 orang mencukupi untuk 8 orang." (HR: Jabar r.a.)
Pengajarannya?
~ memupuk sifat pemurah & bertimbangrasa
~ makanan sedikit jika dimakan beramai2 boleh mencukupi & mengenyangkan
~ dapat jauhi sifat kedekut & bakhil sesama manusia & makhluk lain
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
No comments:
Post a Comment