Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

09 September 2012

Willam dan Kate, Makan Angin dan London Bridge ...

Minggu depan Prince Willam dan Kate akan datang ke Malaysia, a lovely couple ... dimata Mama.  William juga ingatkan Mama kepada ibunya, Diana.
Yang menawan dan Mama antara peminatnya yg turut tertawan dgn cerita hidupnya.
Well not all fairy tales end with ... "and they live happily ever after ..."
Sebab dalam mana2 perkahwinan, yg "after" itulah yg mencabar segalanya,
Kekuatan cinta, iman, kesabaran ... ianya tak semudahnya yg diinginkan.
It takes two to tango .... bertepuk dengan dua belah tangan, baru berbunyi ...
Ia juga menggamit nostalgia zaman kecik2 dulu ...
Bila ayah cakap nak pergi makan angin ... kami amat seronok sekali
Makan angin ke pantailah yg paling kami suka selepas ke Pulau Pinang ziarah keluarga sebelah Mak.
Makan angin juga bermakna kami akan nganga mulut seluas-luasnya setiap kali memulakan perjalanan dan 'makan angin" sepuas-puasnya .... sambil ketawa! (^_^)
Dan setiap kali melalui jambatan, kami akan menyanyi ..
London Bridge is falling down, falling down
London Bridge is falling down, my fair lady ...
Menyanyi sepenuh hati, penuh gembira ...
Mak dan Abah kadang2 join sama ... ia macam tradisi kami kecik2
Bila naik kereta ... tak pernah puas, hinggalah kami jejaki sekolah menengah
Dan seorang lepas seorang tinggal diasrama ... ia satu nostalgia.
Kama, Anum, Lin dan Munif ... ingatkah mereka itu semua?
Bila Mama ceritakan ini pada anak-anak masa mereka kecil,mereka cuba tirunya
Tapi tak lama ... dan lagu yg mereka nyanyi pun dah dialih bahasa ...
Jambatan telah roboh, telah roboh
Jambatan telah roboh ... habis cam mana?  (^_^')

No comments: