Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
20 September 2023
Mr. Cool ... its ok not to be ok
14 September 2023
Mata ...
Sejak awal tahun perasan mata macam tak terang fokusnya ... dua2; jauh dan membaca; terutama mata sebelah kanan. Tak selesa jika lama2 fokus pada satu2 aktiviti ... membaca, tengok henpon, tengok tv, tengok pemandangan ... itu antaranya. Satu lagi, 'floaters' juga makin ketara.
Pagi semalam, ke Rosmadi Optometrist dipekan kami. Buat pemeriksaan mata dan saraf. Saraf dan salur darah sekitar mata ... OK. 'Floaters' pula tidaklah serius dan disebabkan oleh faktor penuaan, bukan sebab lain. Alhamdulillah.
Cuma ... 'power' kacamata naik lagi, terutama sebelah kanan. Patut la ... 'Power' membaca dan 'Astigmatism' juga naik, sedikit!!!
Masaalah pertama ... tempoh siap kacamata untuk 'lens' dan 'power' baru ialah SEMINGGU!. Maka berkira2 lah Mama samaada nak buat kacamata baru (maknanya 'frame' baru) atau guna yg sediaada. Jika guna yg sediaada, maknanya tak ke mana2 la jawabmya seminggu tu. Mustahil .... haha!!
Masaalah kedua ... biasanya untuk buat kacamata baru, 'lens' akan lebih mahal dari 'frame' sebab nak yg ringan, anti calar, anti silau, anti biru, auto gelap bila tengah panas .... fuhhh!! Napok gayo kena tunggu pencen Ayahnya masuk dulu lah 😅
p.s. layanan ke dua2 staff sangat professional dan baik. Mama dan Ayahnya memang 'regular customers' mereka.
24 July 2023
Tak menjadi
Begitulah ....
Bila lama tak mem'baking' *, kek cawan yang dibuat untuk program baca Yaasin Persatuan Hawa taman kami Jumaat lepas tak berapa menjadi.
Program pukul 3 petang. Pukul 1.30 baru kelam kabut nak buat! Sebab konsep 'potluck'. Mula2 ingat nak beli jerr. Hari Jumaat, kueh2 cepat habis bila pergi lambat dan nak kuantiti banyak. Itu yang 'U-turn' buat sendiri.
Begitulah juga dengan aktiviti persatuan. Program2 yang dibuat selalunya kurang meriah kehadirannya. Majlis kali ini pun sama ... muka sama. Yang prihatin akan maklum dalam grup wassap persatuan tak dapat hadir.
Husnuzon pesan Pengerusi. Sebab cuti hujung minggu di sini. Tentu masing2 ada hal yang tak dapat dielakkan dan lebih utama ...
Tugas kita sebagai AJK, buat aktiviti demi ukhwah dan kebajikan hawa taman ini. Kita dipilih, maka jalankan tugas seikhlas hati. Siapa hadir dan tidak hadir ... itu pilihan masing2. Kita sudah laksanakan sebaik mungkin amanah yang diberi. Selebihnya serah pada Allah snw.
Itulah ceritanya bila berpesatuan. Selaku salah sorang AJK, lelah terubat bila aktiviti/program yang direncana berjaya dan dapat sambutan. 'Down' jugak lah bila sambutan tidak seberapa. Tapi bila ingat pesan Pengerusi ... Insyaallah akan usahakan selagi khidmat diperlukan, selagi daya ...
![]() |
| antara yg hadir ... tuan rumah yg berdiri tu. |
13 July 2023
Tikus Baiki Labu
Hadoiii! Lucu la sangat ...
Malu pun ye 🫣
Al kisahnya ...
3 hari lepas, terdapat gangguan 'wifi' diseluruh daerah Mokcik ni.
Tapi keesokan harinya, gangguan dah pun dibaikpulih sepenuhnya (sumber dari jiran2 sekitar).
Yang hairannya, Rumah Biasa2 kami masih tak ok!
Yang terjejas ... Amar! Mr Cool! (sejenis yang bercakap, ketawa, nepik sorang2 malam2 buta sampai 2, 3 pagi dalam bilik masing2 depe laptop.
p.s. .... rata2 melalui temubual Mokcik dan geng2, itulah gaya hidup budak2 sekarang!! Kalau zaman dulu la .... dah di cop tak betul sebab cakap sorang2 malam2 😅😅 ... kannn!)
Mokcik ada la jugak terpalit. Neflix!! ðŸ¤.
Back to the story.
Ayahnya pun hubungilah talian aduan wifi berkenaan, buat laporan semalam.
Pagi ni (sebentar tadi), datanglah 2 orang 'technicians'. Tak sampai 5 minit, dia dah berjaya 'on' balik servis wifi tu.
Tahu apa yang dia betulkan?
Dia lihat belakang 'router' wifi tu, zapp! zapp!, tekan butang tepi tu. Wallaa!! Siap! Berkelip2 comei lampu wifi tu.
Sambil dia tilik belakang 'router' tu, dia tanya,
"Mokcik ada buat cubaan baiki sendiri ke?"
"Ada! Mokcik suruh anak cabut 'wires' kat belakang tu, 'on' 'off' dan 'try n error'. Tak jadi jugak, Mokcik suruh dia 'restore' balik ke tempat asal".
"Oorrr! Silap cucuk jerr Mokcik. Saya dah betulkan! 2 minit lagi, ok la"
Mama ketawa, dia pun ketawa!!
Haha! Huhu!!!
🥴🫣😅
Itu jerrr. Hadoii!!
Akibat memandai sendiri, 2 hari takder wifi.
Bila ditanya berapa caj? Dia cakap tak apa! Terima kasih laa anak oiii (kalau dia 'goreng' dan minta bayaran, bukan pun Mokcik tahu).
Moga bertambah murah rezeki. Aamiinn 🤲.
Itulah kisah hari ini.
Pengajarannya:
Jangan cuba nak memandai2 dan jadi seperti tikus membaiki labu .... 🫣
05 July 2023
HOBI
Melukis, antara aktiviti masa lapang Mama dari kecil. Arwah Ayah lah yang memupuk kesukaan ini. Dia suka melukis, dan 4/6 adik beradik Mama suka melukis.
Pun, ia menjadi tidak relevan bila mula bekerja, berkeluarga dan sering berpindah randah. Tolong anak-anak dalam subjek Lukisan mereka, itu sahaja.
Wabak Covid 19 dan PKP mengubah segala. Dek tidak banyak pergerakan luar dan aktiviti terhad, medsos (FB, IG) menjadi tumpuan. Maka hobi yang sekian lama terpendam, tercungkil kembali .... Melukis dan jahitan sulaman!!
Alatan yang terperok dalam simpanan dicari. Sukanya masih ada lagi. Benang DMC memang tak jejas kualiti. Seingat Mama sisa dari tahun 80an dan yang dibeli diPasar Karat Ipoh (2007), ketika menetap di sana (RM0.50 selembar benang dijual. Mama borong sedozen 😅 sebab memang mahal kalau beli dikedai 'embroidery').
Bila minat, usia bukan penghalang. Walau hasil cuma biasa2, hati gembira dan puas. Tenang pun ya. 'Me Time' dan terapi diri cara Mama.
Ini antara hasilnya;
Sulaman:





